Tuesday, July 28, 2009

Jarak yang Terpisah...



Jarak yang paling jauh bukanlah masa yang meninggalkan kita,
tetapi bila Kamoo tidak mengetahui aku mencintai Kamoo...
Walaupun di depan mata, masih tidak bermakna
kerna jarak memisahkan kita...

Maaf, coz lama x update blog.. cD sedang berkursus selama 10 hari. InsyaAllah selesai berkursus cD akan kembali untuk mencoretkan segala misteri yang masih menyelubungi diri ini. Muahhh kat pp, cayang Kamoo semua.

p/s: Terus tetap disisi, walaupun jarak semakin jauh meninggalkan jejak...

-cD-

Monday, July 13, 2009

Kejutan Buat cD...

Assalamualaikum...

Maaf coz lambat update story yang cD janjikan dari last episod ari tu.. Setelah hampir lelah jelajah bandaraya Melaka sebelah siang, malamnya pula kami terjah Anjung Batu tuk pekena ikan bakar serta spesis terdekatnya... huhuhu. Puas gila makan sipot, ehhh seafood laa.. ada udang goreng tepung + nestum, soton tepung, ikan kerapu bakar + 3 rasa dan juga kupang. Mekacih bebanyak pada Sakura yang telah sponser makan malam kami... Moga Allah melipat gandakan rezeki kamoo nanti, amin...



Ingatkan lepas kenyang je pewot, aktiviti malam terus berakhir... sangkaan cD ternyata meleset, selesai cuci tangan ngan mulot cD dikejutkan ngan sebijik kek besday atas meja... Hampir tertumpah air mata cD, terharu sesangat ngan kejutan yang dowang rancangkan nie... (sebak)..

Mekacih sekali lagi sakura, yanie, hanie, anim, hafiz dan rizal yang turut sama berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan cD.. Bukan tu aje, dowang nie jaat dan nakal coz paksa cD cabut lilin ngan mulot... kejam sangat... waaaaaaaaaa 1st time kena dera cam nie...


p/s: Hadiah besday paling berharga adalah keikhlasan ikatan persahabatan kita... Mekacih semua, muahhh muahh kat pp.. Cayang kamoo..

-cD-

Wednesday, July 8, 2009

Bila Harus Memilih...

Beri Aku Waktu
Untuk Memikirkan Yang Terbaik
Cinta Jadi Dilema
Pergi Ataupun Kembali

Sukarnya bila harus memilih, dikiri intan dikanan berlian di depan juga belakang emas dan perak... Bagaimana harus memilih? Argggghhh sukarnya, mengapa diriku terus dibelenggu sebegini, perlukah untuk memilih demi membahagiakan insan tertentu dan dalam masa yang sama turut mengguriskan hati yang lain? Pedih kan... Inilah realiti kehidupan, pasti ada suka x terkecuali duka nestapa... Tabahkan hatimu sayang, cececec.. Matilah bila cD start berdrama semula.

Apa-apa pun, cD hanya mampu berserah selebihnya cD hanya turutkan ketentuan dariNya. Kamoo nilaikanlah sendiri, bagaimana harus memilih??

p/s: Sukarnya bila harus memilih...

-cD-

Geng Gebu Jelajah Melaka...

Assalamualaikum...

Maaf ehh coz lambat publish entry nie, seperti yang dok dicanang oleh Yanie, Hanie juga Sakura destinasi poye-poye kami bukanlah rahsia lagi... ye kami telah menerjah bandaraya bersejarah, bandaraya Melaka. Sakura sebagai tuan rumah merangkap mak hayam besar Melaka telah melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menyambut dan meraikan kedatangan anak-anak ayamnya ini, matilah.... Mekacih bebanyak, terharu sangat dengan kegigehan sakura untuk merealisasikan aktiviti berpoye santai di Melaka ni.

Rasanya x perlulah untuk cD storykan semuanya kan coz Sakura, Hanie juga Yanie dah pun siapkan entry memasing.. so baca sajork di blog mereka, konsep sharing sangat... Klik Sini, sini & sini juga... Puas la kami terjah setiap inci kawasan di Melaka tu, dari Alor Gajah ke Bandar Hilir terus ke Anjong Batu dan entah kemana lagi pun tatau.. kejung gak la kaki nie berjalan..

Nanti cD story pasal kejutan yang dowang buat tuk cD ehhh, x sempat nak story skang laa..

p/s: Sahabat adalah segalanya.. Thanks

-cD-

Monday, July 6, 2009

Pengembaraan Geng Gebu...

Sabtu, 4 Julai 2009
Hentian Puduraya, Kuala Lumpur
Permulaan Pengembaraan Geng Gebu

Akhirnya sabtu lepas bermulanya pengembaraan geng gebu untuk berpoye-poye di luar kawasan liputan (kuala lumpur+putrajaya+genting). Setelah 3 kali dicancel akhirnya tanggal 4 Julai 2009 menjadi kenyataan dan hasilnya tercalit di lembaran blog cD, Yanie & Hanie...

Destinasinya biarlah rahsia dulu ehh, x sempat nak edit gambar yang mencecah 700 keping tu.. matilah bila harus memilih. Banyak kenangan manis yang lahir sepanjang pengembaraan kami, x kurang juga pahitnya tetap tercalit menjadi kenangan yang kekal abadi. Terlalu banyak yang manis, kalau nak story makan masa seminggu gak la so cD story yang pahit dulu ehh. Antaranya time sebok wat aksi fotogedix camera Hanie menjunam ke lantai dan hampir masuk bawah bas, rasakan.... Satu lagi bila bas mula bergerak dalam 10 minit berikutnya aircon mati katanya... berpeluh-peluk ketiak memasing, tobat tanak nek bas tu lagik...

p/s: Thanks Sakura... Terharu dengan segalanya, thanks gak buat Hanie, Yanie, Hanim + Hafiz/Rizal...

-cD-

Thursday, July 2, 2009

"Konsert Lelaki Ini" Anuar Zain...

Rabu, 1 Julai 2009
Konsert Lelaki Ini Anuar Zain
Panggung Sari, Istana Budaya
Kuala Lumpur.

Semalam, selang 2 hari selepas konsert "SATU" Dato' Siti Nurhaliza, cD kembali lagi ke Istana Budaya untuk menyaksikan konsert sulung Anuar Zain yang di beri nama "Konsert Lelaki Ini". Konsert selama 2 jam itu menghimpunkan koleksi lagu-lagu terbaik dari album solo Anuar dan juga album duet bersama Elina di zaman remajanya. Persembahan bertenaga dan bersahaja Anuar nyata memukau penonton di Panggung Sari untuk terus bersorak dan memberi tepukan gemuruh sepanjang konsert berlangsung.

Konsert yang dinamakan ‘Konsert Lelaki Ini’ menampilkan Anuar diiringan Orkestra Simfoni Kebangsaan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2009. Anuar juga diiringi oleh 55 orang pemuzik dan penyanyi latar di bawah iringan Orkestra Muzik Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi manakala muzik ‘live band’ di bawah arahan Aylwin Santiago.

Apa yang menariknya, Anuar bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu popular dari album solo dan duetnya bersama Elina, malah Anuar juga menampilkan 4 buah lagu lama yang menjadi siulan di zaman remajanya. Antaranya "Penantian" nyanyian arwah Zubir Ali, "Berdirinya Seorang Perindu" nyanyian Ibnor Riza. Anuar juga berjaya memukau penonton dengan alunan vokal mantapnya untuk lagu "Epilog Cinta Dari Bromley" nyanyian Sohaimi Meor Hassan, memang best gile lagu nie.. cD kalau g karok selalu gak layan lagu nie.

Konsert Lelaki Ini juga turut dihadiri oleh kerabat Di Raja Pahang, Dato' Shiela Majid juga Deja Moss. Anuar mengakhiri konsert solo pertamanya dengan 3 hits berhantu "Ketulusan Hati", "Perpisahan" & "Lelaki Ini". Walaupun telah dihiburkan hampir 2 jam dengan alunan 20 buah lagu, rasanya masih tidak puas... Anuar sempat berjenaka dengan mengatakan "cukuplah, esok nak keje" dan disambut dengan hilai tawa serta tepukan gemuruh penonton.





p/s: Malam nie malam terakhir, rugi rasanya jika terlepas menonton konsert sebegini.

-cD-