Thursday, July 2, 2009

"Konsert Lelaki Ini" Anuar Zain...

Rabu, 1 Julai 2009
Konsert Lelaki Ini Anuar Zain
Panggung Sari, Istana Budaya
Kuala Lumpur.

Semalam, selang 2 hari selepas konsert "SATU" Dato' Siti Nurhaliza, cD kembali lagi ke Istana Budaya untuk menyaksikan konsert sulung Anuar Zain yang di beri nama "Konsert Lelaki Ini". Konsert selama 2 jam itu menghimpunkan koleksi lagu-lagu terbaik dari album solo Anuar dan juga album duet bersama Elina di zaman remajanya. Persembahan bertenaga dan bersahaja Anuar nyata memukau penonton di Panggung Sari untuk terus bersorak dan memberi tepukan gemuruh sepanjang konsert berlangsung.

Konsert yang dinamakan ‘Konsert Lelaki Ini’ menampilkan Anuar diiringan Orkestra Simfoni Kebangsaan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2009. Anuar juga diiringi oleh 55 orang pemuzik dan penyanyi latar di bawah iringan Orkestra Muzik Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi manakala muzik ‘live band’ di bawah arahan Aylwin Santiago.

Apa yang menariknya, Anuar bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu popular dari album solo dan duetnya bersama Elina, malah Anuar juga menampilkan 4 buah lagu lama yang menjadi siulan di zaman remajanya. Antaranya "Penantian" nyanyian arwah Zubir Ali, "Berdirinya Seorang Perindu" nyanyian Ibnor Riza. Anuar juga berjaya memukau penonton dengan alunan vokal mantapnya untuk lagu "Epilog Cinta Dari Bromley" nyanyian Sohaimi Meor Hassan, memang best gile lagu nie.. cD kalau g karok selalu gak layan lagu nie.

Konsert Lelaki Ini juga turut dihadiri oleh kerabat Di Raja Pahang, Dato' Shiela Majid juga Deja Moss. Anuar mengakhiri konsert solo pertamanya dengan 3 hits berhantu "Ketulusan Hati", "Perpisahan" & "Lelaki Ini". Walaupun telah dihiburkan hampir 2 jam dengan alunan 20 buah lagu, rasanya masih tidak puas... Anuar sempat berjenaka dengan mengatakan "cukuplah, esok nak keje" dan disambut dengan hilai tawa serta tepukan gemuruh penonton.





p/s: Malam nie malam terakhir, rugi rasanya jika terlepas menonton konsert sebegini.

-cD-

12 comments:

♣haNie♣ said...

jelesssssssss....

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

eny meletopzzz! ;)

[yAN!e][pUTraJAya] said...

tunggu konsert lelaki gebu di melaka 4 julai nih....hehhehhehe

-cD- said...

Hanie:

Alaaaa perlu ke nak jeles, nanti kita wat konsert tepi pantai ehhh

-cD- said...

Nuar:

Dah nama mak hayam, harus la lebih letok dari anak2 hayam kan.. larikkkkkkkkk

-cD- said...

Yanie:

ye, tunggu ehh.. Katanya tiket dah habes dijual.. huhuhu

chimera said...

uih, aktifnya cd ke istana tu...

tapi betullah... 'lelaki itu' nampak mcm bertambah2lah gebuwwnya...

♣haNie♣ said...

kannn...
lelaki itu..
gebu gittewww...

♥ matilah besok kene babap!

-cD- said...

Bang Chime:

Alaaa sebulan sekali je la, mana de aktif sangat. huhuhuu nak tau rahsia gebu cam cD? Selalu la ke istana jumpe dayang2 istana.. kekeke

-cD- said...

Hanie:

memang nak kena kan..
tunggu..

Chef Aduka said...

AWAK NGADU KAT MA(NURLEA) ERH!!!WAAAAAAAAAAA...SAPA YG SENTAP SKG NIH???

-cD- said...

huhhu mana de... x ngadu pun, x la x la...