Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al Mubarak...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.....

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah
Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Dikesempatan ini, cD TERLEBIH DAHULU MEMOHON AMPUN & MAAF jika pernah mengguriskan hati dan perasaan kamoo semua, samada yang tidak di sengajakan maupun yang di sengaja , semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.



ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat cD
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH cD LAKUKAN

p/s: dah start dengar mp3 raya... hahaha

-cD-

Monday, August 17, 2009

Romantik Katanya...

Setelah sekian lama menyepikan diri, tetiba Abang Chime yang encem tu berani menyuruh cD menjawab tag yang x perlu.... Suka-suka je nak soh cD jawab tag, sawang kat umah nie pun x abes dikemas lagi.. hahaha.

Berikut adalah soklan-soklan x perlu yang harus di jawab...

- Anda adalah?
cD yang comey, cute, gebu dan disayangi oleh semua... matilah jawapan berangan.

- Pendapat anda tentang
a. Handphone...
Suatu KEPERLUAN dan bukannya KEHENDAK, jika suatu masa dahulu hp merupakan KEHENDAK bagi melengkapkan gaya hidup mewah dan simbol status seseorang... tetapi kini hp adalah KEPERLUAN bagi setiap insan. Hp memudahkan kita berkomunikasi walau dimana sekalipun anda berada, Nokia - Connecting People katanya...

b. Camera Digital...
Masih tergolong dalam kategori KEHENDAK manusia walaupun ianya hampir menjadi KEPERLUAN bagi insan-insan yang gila bergambar seperti cD.. matilah kutuk diri sendiri.

c. Buku/majalah...
Buku/majalah dah sah-sah adalah KEPERLUAN bagi cD, tapi bagi kamoo yang BIMBO rasanya buku/majalah nie x penting kot. Membaca adalah amalan mulia, kalau x nak jadi BIMBO rajin-rajin lah membaca ehhh.

d. Hobi memancing..
Perlukan banyak kesabaran.. seswai untuk Abang eQ, coz dah menjadi hobinya memancing nie.

e. Modelling.

Ermmm ko chantek sangat ke nak jadi Model? Setakat tinggi 5 kaki, berat lak berKG-KG... jangan mimpi la nak jejak pentas catwalk. Satu lagi ko mampu ke pakai heal 4-5 inci? Kalau semua kriteria nie dipenuhi, tyra sure menitiskan air mata time ko catwalk depan dia...


- Kenderaan anda.
cD ada sebijik savvy kaler merah yang dah berusia 4 taun. Dulu cD ada sebijik Moskito kaler merah gak, tapi sedeynya moskito tu kena curi (baru pakai 9 bulan)...


-Hobi anda...
Terlalu banyak... Antaranya makan, movie, bowling.... sesi Next Top Model, makan lagi, movie lagi, mandi sungai, bawa kete lelaju - takat nie baru 3 kali eksiden...

-Aktiviti sampingan anda...
Tengok tv sambil kunyah jajan... Ermm kekadang bergosip kalau ade story yang hot...

-Aktiviti utama anda..
Accounting... kalau tension sangat ngan keje cD berhenti sebentar dengan kit kat... Matilah sempat komersial break katanya...

-Anda seorang pemarah...
Rasanya TIDAK.. Siapa pernah kena maki ngan cD sila angkat tangan.. x ada kan... hahahah. Jarang sangat nak marah orang, kalau sentap pun cD jumpe Mak Esah je... oopssss so sediakan payung sebelum kena SEMBUR... hahahah


Sekiranya anda sorang wanita (soalan ni untuk peserta lelaki)/Sekiranya anda lelaki (untuk peserta wanita)
Sekiranya cD wanita - Beyonce sure nenges, hahaha matilah gila. Ermm boleh g opis pakai heal 5 inci, make up mampan, dapat bf yang encem dan kaya, kikis duit dia banyak-banyak... hahahah gila x?

Anda Romantik..
Sangat... tapi makin hari hati cD makin kering.. Maybe satu hari nanti hujan pasti membasahi kontang dataran hempedu ini... cehhhhhh

Anda Punya gambar yang anda anggap romantik... masukkan di sini dan jelaskan kenapa??
Adoiiii... Ko ngape? x puas hati ngan jawapan, siap minta bahan bukti plak.. Ermmm hambik nie, cene puas hati? Matilah ngedate atas bukit dan memetik bunga di taman larangan katanya.. Romantik la sangat kan...

Kenapa cD rasa gambar ni romantik...
Malas nak jawab... kekwat x?

Lapar?
Tidak, diet.

Mengantuk?
Tidak, bosan menjawab tag nie.

Gembira?
Sentiasa, rugi rasanya bazirkan hidup ini dengan kesedihan.

Sedih?
Tidak lagi, cukuplah sekali Kamoo menghiris hati, menghancurkan kasih yang lama terbina.. hahaha, Pengorbanan Sudah Lama Menjadi Milikku.

Lepas ni nak ke mana?
Masih di opis, balik jam 5.

Sebarkan kepada 6 orang mangsa berikutnya...
X kuasa nyah... hahahahah

p/s: Gila x jawab tag cam tu... Penangan gua kelam kelibut katanya, lama sangat bertapa.

-cD-