Wednesday, September 30, 2009

Selamat Pengantin Baru...

Sabtu
26 September 2009
Kampung Sanggang, Temerloh
Pahang Darul Makmur.


Selamat Pengantin Baru buat Razlina & Akmal... Tudiahhh konsep kenduri kawen dalam kemeriahan Aidilfitri kan... Meletop sangat. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu hendaknya... Meriah ok kenduri kawen di bulan syawal, alang-alang datang makan kenduri kita datang beraya skali... Tumbang 2 ekor kerbau tu, sedap gilew rendang kerbau kampung sanggang... 1st time cD makan daging kerbau katanya, bertambah-tambah gebu la kan...

Buat Lin,

Selamat Pengantin Baru...
Semoga berbahagia dengan status anda sekarang...
Jadilah seorang isteri mithali...

p/s: Belum bersedia untuk ke gerbang itu... Oppsss.

-cD-

Monday, September 28, 2009

Happy Birthday Cayang...

Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 Hanie
Happy Birthday 2 You...

Selamat ulang tahun Sayang
Kini kau bersayap pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita kan bertemu...

Yer la dah bersayap bagai skang nie kan.. dah leh terbang jauh..
Harap-harap x lupekan cD nie. Setelah bertahun-tahun menjadi orang pertama yang wish besday, taun nie rekod telah berkubur.. waaaaa Hanie da ade boipren baru.. huhuhu

Adiah taun nie cancel ehhh.. hahahha
Selamat Ulang Tahun Sayang..

p/s: We said let go but I kept on hanging on, inside I know it's over you're really gone....

-cD-

Wednesday, September 23, 2009

Takdir Yang Esa...

Jodoh itu rahsia Allah
Kiranya ditakdirkan ia sementara,
Walaupun kita mencuba jika dikehendaki putus,
Putuslah ia...

Arghhhh, menitis air mata cD tatkala membaca kiriman sistem pesanan ringkas ini. Hanya doa dan linangan air mata mengiringi perjalanan hidupmu. Tabahkan hatimu, cD sentiasa ada..

p/s: When you and I said goodbye, I felt the angels cry.

-cD-

Monday, September 21, 2009

Tetamu 1 Syawal...

Ahad, 20 September 2009
1 Syawal 1430

Assalamualaikum

Salam Aidil Fitri buat semua, x kira di desa mahupun di kota.. Bersama-samalah kita memanfaatkan syawal yang mulia ini dengan bermaaf-maafan. Lupakan sengketa lalu dan bina tali siratul rahim yang baru... (matilah betul ke ayat yang digunakan nie?). Syoknya beraya di desa, tetapi apa kurangnya di kota? Suasananya tetap meriah dan diraikan bersama keluarga dan sanak saudara.. sama sahaja. Bagi cD suasana beraya di kota sama meriahnya seperti di desa, pengalaman selama 27 tahun beraya di Kuala Lumpur tidak sedikitpun mencalarkan mood aidilfitri. Mungkin disebabkan semua keluarga dan sanak saudara semuanya berada di Kuala Lumpur, meriahnya tetap sama dan mungkin lebih lagi berbanding di desa.. Apa yang berbeza hanyalah ketiadaan sawah bendang dan juga kerbau.. hahahah

Aidilfitri tahun nie cukup meletihkan, bayangkan dari malam raya sehingga ke petang 1 syawal cD sebok meyediakan persiapan menyambut tetamu dan sanak saudara yang akan tiba. Malamnya sebok dengan daun palas untuk dibuat ketupat daun palas, pagi hingga ke petang pula melayan karenah sanak saudara yang tidak putus-putus berkungjung. Itulah rutin kami tiap kali munculnya syawal. Maklumlah mak dan abah merupakan 'mak teh & pak teh' kesayangan famili kami.. Rumah mak dan abah adalah lokasi wajib singgah katanya...

Semalam juga cD menerima kunjungan tetamu yang pasti muncul setiap 1 Syawal... hahaha x kira pagi, tengahari, petang mahupun malam tetamu ini pasti akan datang. Mekacih Abang eQ, dah masuk ke tahun ke-4 kan... mungkin tahun depan dan 2 tahun akan datang 1 syawal akan berbeza dari 1 syawal yang sudah-sudah... Apa-apa pun doa cD tetap mengiringi perjalanan abang.. Kehadiran abang eQ tidaklah berseorangan, zizi setia menemani.. hahaha (matilah...) Gah dengan sepersalinan baju melayu putih satin yang merelip-relip, sesuci lebaran sangat.. sesuailah sangat dengan kemunculannya semula di arena blogspot ini kan.... apa yang berlalu jadikanlah sebagai pengalaman, hidup tidak akan semanis ini jika tidak terselit secalit kepahitan..





p/s: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin...

-cD-

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
buat semua kekawan & teteman blog...

Di kesempatan ini, cD ingin memohon ampun & maaf
di atas segala kekhilafan, maafkanlah...

p/s: pada yang memandu, patuhilah had laju... kalau nak selamat jalan kaki je, mana tau raya haji nanti sampai laaa.. kekeke

-cD-

Monday, September 14, 2009

Berbuka di Kg. Baru

Ahad
13 September 2009
Chop & Steak, Kampung Baru.

Seperti kebiasaan menyambut Ramadhan tetiap tahun, semalam sekali lagi cD dan kekawan berbuka di Chop & Steak, Kampung Baru. Chop & Steak Kampung Baru nie ibarat sebahagian dari kehidupan cD yang lain laaa, berbuka puasa, sambut besday, makan-makan, poye-poye semua kenangan tercalit di sini... Cuma tahun nie tidak seperti kebiasaanya, cD hanya sempat berbuka puasa di Chop & Steak sekali aje tahun nie.

Acara petang tu bermula seperti yang dirancang, tidak terlintas langsung untuk menerima sebarang kejutan.. tetapi itulah yang berlaku. Abang eQ tetiba muncul entah dari mana, ekceli cD majuk ngan Abang eQ coz dia cancelkan kehadiran untuk berbuka bersama SaCha dan Su... hahaha ngengada nak majuk-majuk plak, tetapi sedihnya Su pun tak dapat join coz masalah kesihatan yang membimbangkan... sampai muntah-muntah katanya, makan ubat ehh kakak. Petang tu cD tetap angkut gang mental sekali, Khai, Fasha n Kak Izz.




p/s: Buat su, InsyaAllah kalau dah sihat n berkesempatan kita plan semula ehhh..

-cD-

Wednesday, September 9, 2009

Ramadhan + Berbuka = Maaf...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan ke 19 buat semua, entry pertama cD sejak ramadhan menjengah katanya. Maaf lah lama tinggalkan kamoo semua tanpa sebarang story, bukan merajuk bukan juga membawa diri, hanya terus menikmati hari-hari tanpa debar dihati. Mula la nak berdrama bagai kan... hahaha. Makin hari, makin meningkat usia.. komitmen juga saban hari makin membeban, terkadang faktor ini yang membataskan waktu-waktu yang ada. Walaupun tiada sebarang update, dikesempatan yang tersisa cD x lupa untuk menjengah blog kekawan dan jika hati terpaut adalah jejak yang cD tinggalkan...

Jika tahun lepas cD aktif dengan aktiviti berbuka puasa sana sini, tahun nie agak suram situasinya. Banyak undangan yang terpaksa cD hampakan, bukan x sudi, jauh sekali pentingkan diri... komitmen dan waktu yang membataskan segalanya, InsyaAllah jika berkelapangan ketemu juga. Pada Hanie, ampun dan maaf dipinta coz x dapat berbuka bersama dengan kekawan last week. Pada Abang eQ, InsyaAllah tarikh tu telah cD kosongan, cuma menanti pengesahan tetamu undangan je.. hahahha. Mohon maaf juga pada Khai, Fasha dan Kak Izz coz x dapat join last week. InsyaAllah dalam masa terdekat ni...

Dalam kekalutan suasana, cuma last week cD berkesempatan berbuka diluar buat pertama kalinya. Lokasi berbuka adalah di Chili's. Terima kasih pada yang meneman.. hahaha







Rahsia itu hanya Kau yang tahu
Namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu


-cD-