Thursday, November 26, 2009

Salam AidilAdha...

Selamat Hari Raya
AidilAdha





Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

p/s: Sumber dipetik daripada wikipedia, Salam AidilAdha buat semua...

-cD-

Wednesday, November 25, 2009

Pesta Pantun Belum Berakhir...

Yuk kita berpantun lagi...

Tidak pernah sekalipun terlintas yang pantun sms cD tu akan menjadi satu fenomena satu hari nanti... Apa yang pasti cD suka dengan apa yang cD lakukan, mendera teman-teman untuk menjual beli pantun sebelum mereka melelapkan mata adalah satu kepuasan. Bukan bermaksud cD memaksa kamoo untuk membalas setiap pantun tersebut... Pada yang membalas terima kasih, sesungguhnya kamoo amat bertuah coz bukan semua dapat pantan tersebut. Hanya yang terpilih sahaja, dan di setiap pantun tersebut tersirat rasa hati cD terhadap kamoo-kamoo yang cD sayangi...

Jom kita layan pantun kali nie...

cD:

Tidur malam ingin bermimpi
Mimpi indah penuh syahdu
Terkadang kamoo selalu sepi
Tidakkah dihati terasa rindu?...

hehe, brani balas?

Zati:

Angin malam menghembus pilu
Bintang terang teman diriku
Sudah tentu ada rindu
Namun kamoo jauh dariku...

Mish u cD!

Kerol Kapal:

Tidur malam ingin bermimpi
Mimpi indah penuh syahdu
Apakan daya sekadar bermimpi
Tiada seorang pun sudi merindu...

Wakaka lagi sekali pun merapu.

Hanie:

Mimpi indah penuh syahdu
Buat ku lena sampai ke pagi
Diam sepi ku bukan x rindu
Apakan daya bil telefon x bayar lagi...

hahaha... kelas... bangun pagi terus jawab pantun.

Doney:

Indah puitis kerana madah
Sulaman kata hamparan kalbu
Andai sepi rasanya indah
Buaian rindu menongkah lalu...

Abang E:

Bila merenung bulan yang mesra
Hati x keruan merindu dia
Bila yang mesra di depan mata
Ingin ku dakap ku kucup bibirnya...

cD membalas:

Bagai pungguk rindukan bulan
Bulan terang tengah mengambang
Tiap inci mesra kucupan
Tanda di hati masih sayang...

Abang E tanak kalah:

Jika di hati masih di sayang
Beri keperawananmu padaku sayang...

cD membidas:

Tidak mahu ku bukan jalang
Maaf sayang nasibmu malang...

hahaha rogol je.

Abang E masih bertahan:

Ku tahu nafsu kudamu
Buat aku mendesah berahi
Ku tahu alur tubuhmu
Buat aku ghairah disini...

cD lancar serangan:

Kudaku lari gagah berani
Gagah lari bermegah diri
Apa diturut nafsu begini
Kelak terjerat diri sendiri...

Abang E still tanak kalah:

Jerat percintaan nama diberi
Misai yang lebat jadi pujaan
Jika kasih sudi berkongsi
Ayuhlah kita berskendel-skendelan...

Yanie:

Cik Yanie gebu nak jawab.

Anak itik berenang-renang
Anak katak anak berudu
Barang lepas jangan dikenang
Cari pengganti terubat rindu...

Yanie membalas lagi:

Tengah sedap aku bermimpi
Terdengan ringtone henpon berbunyi
Macam mana tak tido lagi
Ingin membalas pantun mu tadi...

hahaha berani balas pantun kul 1.50 pagi??

cD menjawab:

Maaf ganggu di tengah malam
Pantun dijual minta balasan
Niat murni memberi salam
Tanda mesra jalinan insan

hehe jom tido.

Ijad:

Membeli jamu di batu gajah
Tauhu dicuri oleh si Jenab
Mengenalimu satu anugerah
Mahu mencari teman yang akrab...

Malu bertanya berangan tahu
Mati idea x dapat cluenya
Acu ku manja jangan begitu
Nanti usia cepat lanjutnya...

Mawar:

cD Cayang..

Cantik tautan melati berseri
Jambaknya layu pudar terbayang
Diam bukan bererti sepi
Dihati rindu dibibir sayang...

p/s: Terharu..... sangat-sangat...

Semua jawapan tersusun rapi
Mekacih balas pantun diberi
Kini cD tak lagi sepi
Ada pantun sebagai enrti...

p/s: Masih ada sebahagian lagi, esok-esok muncullah enrti... hehehe

-cD-

Tuesday, November 24, 2009

Krispy Kreme...



Bercerita pasal donat nie, dulu-dulu kita hanya mengenali satu nama sahaja iaitu "Dunkin' Donuts". Kemudia muncul pula "Big Apple" dan "J.co" yang mempopularkan fenomena donat di Malaysia.. Hampir di setiap lokasi "donat" tersebut pasti di penuhi oleh insan-insan yang menggemarinya tidak mengira usia baik yang masih kecil, dewasa juga warga emas...

Kini muncul satu lagi nama besar yang berjaya bertapak di Malaysia, Walaupun masih baru tapi sudah mempunyai 4 cawangan termasuk di Berjaya Times Square, Mid Valley, Concorde Hotel Kuala Lumpur dan juga Sunway Pyramid. Ya, "Krispy Kreme Doughnuts" akan menjadi fenomena donat terbaru di Malaysia. hehehe cD sendiri x pasti bila ianya wujud di Mid Valley, time maraton movie last week barulah perasan. Penat maraton 4 movie, singgah sebentar pekena Krispy Kreme kan... Seswai..


p/s: Terkadang sedih tengok Dunkin'Donuts... Umpama habis madu sepah dibuang.. oopssss

-cD-

Happy Birthday Kak Izz...


Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 Kak Izz
Happy Birthday 2 You

Happy Birthday Kak Izz, Muahh Muahh kat pp. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dicepatkan jodoh... Oppsss (sambil memandang ke arah bucuk kak Izz) hehehe.

p/s: Makin tahun makin meningkat usia...

-cD-

Wednesday, November 18, 2009

Kurniaan...

Karya ku hasil tiada tersirat
Cetusan rasa jiwa nan sarat
Cuba ku luah mengurang berat
Agar tidak parah terjerat

Utara selatan timur dan barat
Patah sayap pulang ke darat
Dosa pahala semakin sarat
Insafi diri sebelum terlewat

Segala tercipta adalah bakat
Jelas terbukti sudah tersurat
Hanya doa penyambung hajat
Moga segalanya membawa berkat

p/s: Hanya bisa menduga, tidak pula mampu merasa...

-cD-

Monday, November 16, 2009

Asyik-Asyik Berpantunlah Lagi...

Mega berarak seluruh alam
Nampak berbalam biru warnanya
Asyik berpantun setiap malam
Syukuri bakat kurnia dariNya...

Semalam cD berpantun lagi... hahaha apa nak buat, puas cuba dipejamkan mata namun sukar untuk terlena. Nasib la pada mangsa-mangsa pantun sms cD tu kan, apa-apa pun mekacih pada kamoo-kamoo semua yang setia melayan tiap pantun sms cD.. Muahhh muahh kat pp. Jom kita layan pantun sms semalam...

Pantun sms cD:

Pejam matamu usaikan sendu
Dalam dakapan malam nan syahdu
Pantun sms teman beradu
Tahukah kamoo aku rindu?

hehe, balas balas...

Pantun sms Kamoo:

Ucuk:

Pantun sms teman beradu
Dalam dakapan malam nan syahdu
Aku tahu kamoo rindu
Sebab kamoo dah sms dulu...

huhuhu

Hanie:

Cantik sulaman si kain baldu
Disulam oleh anak nyonya
Kalau sungguh dikau rindu
apa tanda, apa buktinya?...

Ehh.. dah tido la, mana leh jawap pantun hahaha

cD membalas:

Indah tiada tolok bandingan
Hasil sulaman si anak nyonya
Taip sms melenguhkan tangan
Pantun dihantar itu buktinya...

hahaha ngantok, jom tido.

Hanie turut membalas:

Pantun dikirim tandanya rindu
Buat diri jadi teruja
Tidurlah kasih selamat beradu
Esok pagi kita kerja!...

hahaha, Nite.

Zizi:

Mata terkelip terusik syahdu
Habis seluruh bulu mataku
Jika merindu sms selalu
Semoga terubat hati dikalbu...

Abang E:

Rindu menerpa di malam hari
Hati merintih teringat kamu
Sukar bicara soalnya hati
Saat menatap indah matamu...

Bley???

cD membalas:

hahaha indah mataku?

Soalnya hati adakah perlu
Kelak dirimu terjerat sendiri
Indah mataku tataplah selalu
Bukankah itu yang kamoo cari?...

hahaha

Abang E x nak kalah:

Dari mata turun ke hati
Dari hati meruntum ke jiwa
Indah matamu menawan hati
Walau ku tahu contact lens semata...

hahaha

Zati:

Tiada lena tidurku berteman sendu
Harapan diriku kamoo ada disitu
Menanti aku dengan rindu
Jadi ubat luka hatiku...

Amacam bro, ok x? Main tembak je nie. Anyway, i miss u too, so much!

Ijad:

Syahdu malam dingin terasa
Mata pejam tapi x lena
Walau ku tahu perindu disana
cukupkah sms jadi ubatnya?...

cD membalas:

Apalah daya apalah kudrat
Kiriman sms pengganti surat
Walau jauh ku peluk erat
Moga terubat rindu kesumat...

p/s: Nite2 cayang... nanti kita sms lagi

-cD-

Sunday, November 15, 2009

Mari Berpantun Lagi...

Lama menyepi membawa hati
Hati terluka rawat sendiri
Sepi tanpa sebarang entri
Hadir kini berpantun lagi...

Hahahaha, tetiba muncul entri pantun lagi kan... Lately nie cD jarang ada masa nak update blog, bz tu memang la bz cuma mood untuk menulis tu tidak semesra dulu... bahan dan tumpahan idea terlalu banyak cuma masa untuk di zahirkan sebagai coretan terasa seakan sukar... dengan erti kata lain, "Malas" hahaha...

Jadi, dikesempatan yang tersisa nie, cD nak kongsikan beberapa rangkap pantun kreatif yang spontan hasil nukilan insan-insan kesayangan cD... hehehe. Thanks coz selalu melayan keletah cD. cD nie jenis yang suka ber"sms" sebelum melelapkan mata, kiranya rutin sebelum tido laaaa.. Jom kita layan.

"sms" pantun cD :

Mekar menguntum bunga melati
Harum semerbak ditiup bayu
Walaupun Jauh dekat dihati
Muah muah i miss u.

Balas, balas... haha

"sms" membalas pantun :

Mawar:

Sayang dan rindu tetap dihati
Walaupun jauh beribu batu
Ikatan setia sehidup semati
Miss u too as i always do...

hehe, amacam? ada berani?

Kerol Kapal:

Mekar menguntum bunga melati
Harum semerbak ditiup bayu
Memang jauh ku bawa hati
Agar disana sentiasa merindu...

Wakaka x jadi lah pantun nie, x reti.

Hanie:

Harum semerbak bunga melati
Jatuh menimpa anak sawa
Ku semat rindu kemas dihati
Buat mu kasih pengubat jiwa

Hahaha.. motif mlm2 main jawap pantun?

Ngah:

Bunga rampai berseri murni
Enaknya rasa si gado-gado
Apa memesej memalam ni
Dah dah tido, tido!!

Am:

Mari makan buah
Muahh muahh muahhh...

Ijad:

Sirap selasih tambah madu
Sehingga lupa manis rasanya
Ucap kasih tambah rindu
Hendak berjumpa bila agaknya?

Ucuk:

Kapal berlayar tertinggal sauh
Sauh ditinggal diatas tongkang
Dekat dihati walaupun jauh
Sampai sekarang terkenang-kenang

Hahahaha, kreatif sungguh dorang nie kan... Mekacih coz selalu melayan tiap keletah, tiap sms, tiap call cD.. Kamoo adalah segalanya buat cD.. Cayang kamoo semua, muahhh muahh kat pp.

p/s: malam nanti sms lagi ye.. hehehe

-cD-

Thursday, November 12, 2009

Happy Birthday Abang eQ...

Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2
Abang eQ
Happy Birthday 2 You


Selamat Ulang Tahun ke 35 Abang eQ.. Semoga berbahagia melayari kehidupan ini, dipermudahkan urusan seharian dan dimurahkan rezeki.. Amin.

p/s: x de sesi suap2 kek? hahaha

-cD-

Thursday, November 5, 2009

Baby Haris...

23 Oktober 2009
6.00 Petang
Hospital Selayang
"Isteri saya Munirah selamat melahirkan baby lelaki pada pukul 6 petang tadi.
Alhamdulillah kedua-duanya sihat."
-Zali-

Begitulah kandungan sistem pesanan ringkas yang cD terima pada lewat petang 23 Oktober lalu. Berita yang tentunya cukup menggembirakan buat pasangan Munirah dan Zali. Tahniah buat keduanya, semoga tabah memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah buat Haris...




Ekceli Munirah nie merupakan salah seorang sahabat baik cD sewaktu bertugas di Forestry. Tahun berganti tahun, seorang demi seorang membawa haluan masing-masing.. 4 tahun di Forestry melakar pelbagai kenangan manis.. Sungguh cD x akan lupakan segalanya.. Kini Inda di Unit Latihan Perhutanan, Kepong. E di Raub, Iza juga di Pahang, Wati di Putrajaya cuma Zana je masih setia bersama.. hahahah terpisah hampir 2 tahun kini bertugas di bahagian yang sama...


Iera & Zali di hari bahagia mereka...

Buat semua kekawan, Iera telah wakilkan cD untuk menjemput Kamoo semua ke Maljis Akikah "Haris" di lokasi dan waktu berikut:-

7 November 2009
No. 8 Lorong 3/12B, Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur.
1.00 tengahari/lepas zohor.

p/s: Comel sangat Haris nie... hahaha Haziq dah ada saingan.. huhuhuhu

-cD-