Monday, January 18, 2010

Al-Fatihah buat Abah...

Abdul Razak bin Omar
17/7/1945 - 17/1/2010


Al-Fatihah buat Abah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Ya Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Kau ampunilah segala dosa-dosa arwah abahku ini, jauhkanlah dia dari seksaan kubur dan tempatkanlah dia seiring disamping kekasihmu. Amin...

Abah...
Pergimu tanpa sebarang pesan
Tersentap tatkala menerima panggilan itu
Ketika kuliahku masih hangat berdiskusi
Lulur jantungku, getar jemariku
Mendengarkan yang engkau telah tiada

Abah...
Hangatnya linangan air mata ini
Sesungguhnya tidak tertahan lagi
Lantas gugur disepanjang perjalanan pulang
Pedulikan setiap mata yang memandang
Harapan cuma ingin menemuimu, untuk yang terakhir kalinya

Abah...
Air mata ini sukar dibendung
Gugur juga ketika melihat sekujur tubuhmu
Gugur lagi ketika mengucup pipi dan dahimu
Malah terusan gugur ketika memangku untuk mensucikan dirimu
Sehinggalah ke saat dan ketika ini, ianya masih terus mengalir

Abah...
Tenanglah engkau disana
Menghadap penciptamu yang Esa
Usahlah bimbang akan kami sekeluarga
Kami redha akan pemergianmu
Hanya doa mampu mengiringi, moga Abah tenang disana

Abah...
Adik sayang abah...

p/s: Sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah Abah cD, terima kasih pada teman-teman yang mengutuskan salam takziah buat cD sekeluarga. Hanya Allah SWT yang bisa membalas budi kamoo semua. Terima kasih juga pada Khai, Zizi, Shahril, Ijad, Linda, Su, E, Lin dan Rashid yang sudi menziarahi. cD sangat-sangat menghargainya, sokongan kalian menguatkan semangat cD yang hampir hilang. Terima kasih.

24 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

Al-Fatihah...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

harap CD kuat dan tabah...

al-fatihah untuk arwah abah...

=(

ezam said...

cD....salam takziah dari abg E sekeluarga...kuatkan semangat dan banyakkan bersabar ya...

eQbalzack said...

takziah buat cD sekeluarga...

banyakkan bersabar. abg eq juga terasa kehilangan abah cD...

last week masa jumpa abah, abg eq nampak abah sihat...berselera dia makan kek yang kakak cD hidangkan tu....

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

Salam cD....

Salam Takziah dari Yanie utk cD sekeluarga....

Yanie harap cD sabar dan tabah dalam menempuhi dugaan ni...

DariNya kita datang...dan kepadaNya juga kita akan kembali....

Al - Fatihah......

.:fifi:. said...

takziah d ucapkan..
semoga cD tabah menghadapi ujian ini..
al fatihah..

enassempoi said...

SALAM TAKZIAH CD.. SEMOGA ROH ARWAH ABAH CD DICUCURI RAHMAT..

BANYAK2 BERSABAR K...

[[ Sakura ]] said...

salam ..

salam takziah cd..

Semoga roh arwah abah Cd dicucuri rahmat....
Semoga cD kuat menghadapi semua ini...
Sory cD mala x dapat nak lawat cD dan keluarga....
Apepun cD kene kuat ye.....

[[ Sakura ]] said...

salam ..

salam takziah cd..

Semoga roh arwah abah Cd dicucuri rahmat....
Semoga cD kuat menghadapi semua ini...
Sory cD mala x dapat nak lawat cD dan keluarga....
Apepun cD kene kuat ye.....

Cik Z@i Pen@nG said...

salam takziah buat cD sekeluarga..
moga tabah mengharungi hari2 mendatang..

azizisamsudin said...

setiap yang bermula mesti ada pengakhirnya ...kita sebagai anak hanya dapat berdoa.. Inshaallah .. ada kawan2 di belakang Cd akan berada dekat ngan CD... teruskan impian abah .. jgn putus semangat ..

W. Hidney said...

sabar ucuk. kuatkan semangat untuk hari mendatang.

kasih.tangis said...

cd..perginye memang tuk selamanya tapi ianya kekal di hati kita, tk perlu di gusar dan tak perlu ditangisi kerna takdir sudah menentukan segalanya kerna pasti Tuhan terlalu sayangkan dirinya, biarkan ianyanya pergi tanpa derita lagi....

Cd setiap kita melangkah pasti kenangan bersamanya tersurat dalam hati..menangislah sekuat hati sepuas-puasnya..semahunya kerna untuk kembali mustahil kerna itu janji Tuhan pada kita kerna setiap yg hidup pasti akan mati...

Derita serta keluluhan hati, sedih berkaca di bibir hati..semua yg pernah mengalaminya dulu terpanggil untuk berkongsi derita kerna semuanya syg CD...

CD kene kuat kerna segala janjimu pada Abah perlu ditunai.

CD jaga mak elok2 ok...kerna CD kini pengganti untuk mak...

SALAM TAKZIAH BUAT SHIDI....

Farid Fernandez said...

salam takziah dari aku..

kuatkan hati..

cahayaqaseh said...
This comment has been removed by the author.
cahayaqaseh said...
This comment has been removed by the author.
cahayaqaseh said...

salam takziah cd,

akak harap cd kuatkan semangat. banyakkan bersabar. setiap yang hidup pasti akan pergi juga suatu hari nanti.

akak tahu cd sedih sangat. berat mata akak memandang, berat lagi bahu cd yang memikul.

semoga roh abah cd dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Cekalkan hati yer dik.

Salam sayang dari akak yang jauh.

Kak Kin said...

Salam takziah utk cD sekeluarga.
Stay strong big guy.

-aTie- said...

takziah cd..Allah pinjamkan Abah cd hanya setakat ini saja...
redha n sabar...doakan yg bek2 untuk arwah..al-fatihah

Khaizarien Blog @ atie

MiSZuE said...

alfatihah..

Nur Syamazatulaini Binti Abd Samat said...

innalillahiwainnalillahirrajiun.Al-Fatihah, semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...amin.

budak bengang said...

Salam cD,
Maafkan zal sebab baru terbaca blog cD nih, takziah buat sekeluarga cD, semoga roh abah cD dicucuri rahmat dan berada bersama orang yang disayangi Allah Ta'ala.... be brave my brother~

nuyuljana said...

salam takziah cd,

moga rohnya dicucuri rahmat.

kuatkan semangat ye.

setiap yang hidup pasti akan mati.

hanya masa yang membezakannya.

wallahualam.

-cD- said...

Mekacih semua, Al Fatihah buat Abah.

Boy said...

takziah cd..