Saturday, February 27, 2010

Kehebatan Antara...



26 Feb 2010
Panggung Sari, Istana Budaya
8.30 malam

Sanggup bersengkang mata semata-mata untuk siapkan entri Teater Muzikal Antara yang baru selesai ditonton tadi.. Emm x banyak yang cD nak komen, cukup sekadar memberikan tepukan gemuruh dan standing O buat Eirma Fatima atas sebuah karya yang agak berat tapi penuh dengan keinsafan... Begitu juga dengan tonggak utama barisan pelakon pementasan Antara...

Azhan Rani, watak "SETAN" yang dijiwai memang memberi impak besar dalam pementasan ini. Menyesatkan anak Adam dengan apa cara sekalipun itulah janjinya sebelum dicampak keluar dari syurga oleh Allah SWT. Azizah Mahzan dan Eirma Fatima sendiri harus diberikan pujian, walaupun hanya melafazkan dialog tanpa pergerakan yang maksimum, penjiwaan mereka bisa meruntumkan siapa sahaja yang mendengar bait-baik dialog yang dilafazkan. Begitu juga dengan watak Adam & Hawa yang diterajui oleh Fahrin dan Nasha, dek termakan pujuk rayu syaitan akhirnya mereka tercampak ke dunia dengan penuh penyesalan dan keinsafan.


Tepukan gemuruh dan standing O bukan sekadar buat barisan pelakon sahaja, turut menjadi tumpuan adalah barisan penyanyi yang mengalunkan irama indah bagi melengkapkan pentomin ini. Ziana Zain dengan gaya divanya telah mengalunkan irama Tahajud Cinta dan Pohon Rindu nyanyian asal Dato' Siti. (Baju kak G meletop sangat) Azlan & The Typewriter adalah fav cD untuk malam nie walaupun kak G tetap pujaan hati. Meremang tiap kali Lan mencapai not-not tertinggi, memang Lan di dalam kelasnya tersendiri. Begitu juga Jamal Abdilah, alunan gemersiknya bisa memedihkan mata, abang kat barisan depan cD siap mengalirkan air mata....

So apa tunggu lagi, masih ada show untuk malam esok dan malam minggu terakhir. Berbaloi buat mereka-mereka yang masih tercari-cari makna kehidupan di bumi Allah SWT ini.





p/s: Abang "SETAN" tu Hot sangat, Abang mmg setan laaa.. huhuhu

-cD-

6 comments:

RunWitMe said...

Hi!

ZZ pakai baju lain la pada malam preview. Check it out here...

http://runwitme.blogspot.com/2010/02/muzikal-antara-photo-tribute.html

ezam said...

seronoknya tengok teater!!!!!

azizisamsudin said...

antara ..

lagu jamal best .. n lan best .. lagu kak zz ..emm .. tepukan gemuruh .. hahahhaa...
suke watak setan hahaha..


lan suara best .. tapi ala2 x konfiden nak ingat lirik ..


:D

teater yang bg zizi .. biaseje ..

sbb teringat PGLtM ...

hati pujuklah perasaan . jauhi segala keraguan .. cinta . untukmu ku korbankan . demi 1 harapan . kepada mu kekasih .. keranamu kekasih ..

-cD- said...

Kak G harus la dapat tepukan gemuruh, IB penuh dengan Ziana Folk.. huhuhu

Ermm Antara nie ka ke teater unsur keislaman mana leh bandingkan ngan Cinta Agung PGL..

apa pun masing2 ada kelibihan, ermm zi g ari ape?

azizisamsudin said...

sabtu ..

azizisamsudin said...

sabtu ..