Sunday, March 28, 2010

Happy Birthday Ijad...



Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 Ijad...
Happy Birthday 2 You


Selamat menyambut ulangtahun kelahiran,
Semoga tercapai segala impian,
Hindari dari segala kekecewaan,
Agar bahagia sentiasa berkekalan.

p/s: x de hadiah tau... hehehe

-cD-

Monday, March 15, 2010

"Skandel" Mu, "Skandel" Ku Juga...

Just entry bergambar..
x kuasa nak tulis pepanjang, setiap keping gambar jelas menceritakan
situasi yang berlaku...

Suatu masa dahulu, sang pria dan gadis
masyuk bercinta.


Sang pria x tahu, si gadis sangatlah kekwat..
Ayooo DramaQueen sangat.


Nasib ko la labu...


Layankan aje karenah si Gadis..


Sampai satu tahap, sang pria sentap sangat..
Bengang dengan sikap si gadis.


Mujurlah ada yang bisa menyejukkan
hati juga perasaan.. kannnnnnnnnn..


Akhirnya sang pria terlibat dalam "SKANDEL" 3 segi..
Persoalannya salah SIAPA? Hahahah..


p/s: Matikah aku? Matilah....

-cD-

Monday, March 8, 2010

Dayang SAYANG Marcell...

7 Mac 2010
Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur
Showcase Dayang & Marcell - SAYANG
11.00 pm


HEBAT!!! Itulah perkataan yang sesuai untuk Showcase Dayang & Marcell di Hard Rock Cafe semalam. 2 jam seakan tidak terasa, kehebatan paduan suara diantara Dayang & Marcell bisa meremangkan segala bulu yang ada. Oppppss. Serius, cD x tipooo.

4 tahun bukanlah tempoh waktu yang singkat, berkat doa dan kesabaran akhirnya Dayang berjaya mencapai IMPIAN untuk berduet dengan Marcell. Singel SAYANG sangat-sangat best. Kemesraan diantara Dayang & Marcell juga disenangi oleh semua peminat, sehingga ada suara-suara nakal yang meminta untuk Marcell mencium Dayang..

Showcase semalam juga turut dihadiri oleh beberapa rakan artis, antaranya Fahrin Ahmad yang menjadi mangsa usikan Marcell.. Suke suke suke. Turut kelihatan Jihan Miskin, Tony Eusof dan beberapa lagi nama yang cD terlupa... hahaha










p/s: Ngantok giler.. Demi Dayang cD gagahi juga.. Mekacih buat En Shahril, mekacih sangat-sangat.

-cD-

Monday, March 1, 2010

Happy Birthday Mak...


Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 You
Happy Birthday 2 Mak
Happy Birthday 2 You

Hari nie merupakan ulangtahun kelahiran mak yang ke-55, Selamat Ulangtahun mak. Semoga mak sentiasa berada dalam rahmatnya, diberikan kesihatan dan gembira disamping anak-anak. Suasana mungkin berbeza kali ini tanpa adanya abah disisi. Harap mak tabah mengharungi semua ini. Selagi dikandung hayat cD akan menggalas tanggungjawab menjaga mak sehingga ke akhirnya. Amin.


p/s: Cayang mak sangat-sangat.

-cD-