Friday, August 27, 2010

Segalanya Terbungkam...

Pada zahir tidak terlihat
Ada garis yang terbentang
Tapi batinku sering berkata
Biar ada batasannya

Salam Ramadhan ke 17, terasa berat untuk cD mulakan coretan ini. Entah mengapa Ramadhan sekali ini berlainan benar seperti tahun-tahun yang berlalu. Hati bertambah sayu bila terkenangkan "Abah", lain benar rasanya berbuka dan bersahur tanpa adanya "Abah". Al-Fatihah buat Abah. (Abdul Razak bin Omar).

Ramadhan sekali ini juga menyuburkan rindu disetiap rongga dan liang-liang rasa. Rindu kepada insan-insan kesayangan cD. Entah mengapa cD merasakan insan-insan tersayang ini seakan menjauh. Seakan adanya batas yang menjadi benteng dan dinding pemisah antara kita. cD RINDU. 1 sms cukup untuk menghilangkan keruan ini, cD x minta lebih... Sukar untuk cD fahami situasi ini, jika cD bersalah maafkanlah. (teruja menerima call dari su pagi tadi, setelah sekian lama akhirnya cD mengerti... tabahkanlah hatimu). Rindu juga pada ucuk dan akak sha, tuhan saja mampu mengerti apa yang kita kongsikan selama ini.

Mengharungi sisa Ramadhan ini, cD tidak mengharapkan lebih. Cukuplah jika diberi kesempatan dan ruang kemaafan jika ada terkasar kata, terlanjur perbuatan. Maafkanlah.

Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat dulu
Kerana cuma aku yang menarik
Bukan lagi tanganmu

p/s: Andai mampu diulang kenangan itu, bahagialah janjinya...

-cD-

Wednesday, August 11, 2010

Pesta Pantun Ramadhan...

Salam Ramadhan buat semua, harap-harap dapat dimanfaatkan bulan yang mulia ini dengan mempertingkatkan amal ibadat. Jangan hanya dapat penat, lapar dan dahaga sahaja.. bataskan pergaulan, kaburkan pandangan, tulikan pendengaran dan bisukan perbualan buat seketika. Jelaskan pandangan dengan menatap kitab suci, bisikan ke telingan alunan ayat-ayat suci dan basahkan bibir dengan bacaan Al-Quran. InsyaAllah, amalan yang mulia akan diterima.

Sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak ini, cD dengan rasminya membuka tirai pesta pantun untuk kesekian kalinya.. hahahahh. Mari kita lihat calon-calon yang berani menyahut cabaran kali ini. Pantun pembuka dari cD;

Langit Mendung Gelap Benua
Anak Bulan Sembunyi Cahaya
Salam Ramadhan Buat Semua
Sebulan Lagi Kita Raya

Pantun Ucuk:
Tak sampai sehari kita puasa
Perut berbunyi minta diisi
Banyakkan amalan bertambah pahala
Moga Ramadhan kita diberkati

Sori lambat reply, hehe
(x pe cuk, janji reply..)

Pantun Kerol Kapal:
Langit mendung gelap benua
Anak bulan sembunyi cahaya
Salam Ramadhan untukmu jua
Baru puasa dah nak pikir raya?

(cisss sempat melaser...)

Pantun Zizi:
Tirai shaaban melabuh senja
Ramadhan datang menyembuhkan luka
Balas SMS ok sahaja
Kalau berani belanjalah berbuka.

(Arghhhh terkena lagi...)

Puntun Hanie:
Terbang merpati berpasang-pasang
Terbang hinggap di dahan merbau
Selamat berpuasa wahai sayang
Siang nanti jangan curi makan tau

hahaha.. mabok baca buku, baru dapat reply
(nak exam baru cari buku?)

Pantun Boy Gaga:
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama cD gebu seorang..

hahaha, selamat berpuasa :)
(ermm mabok ke apa boy nie? Pantun x siap....)

Pantun Abang Dafi:
Pandan dilayur tekat diambal
Disulam pakis kuntun setanggi
Ramadhan disyukur ibadat diamal
Salam manis meruntun dihati

Ada berani hujung rangkap setiap wording pembayang sama ngan wording maksud?
(mati x terjawab...)

Pantun Ngah:
Raya tetap akan menjelma
Ramadhan yang dirindu sudahpun tiba
Utamakan ibadat tambahkan pahala
Moga mendapat berkat dariNya

Pantun Doney:
Bangun sahur makan laksa
Tadi dah announce esok puasa...

Maaf zahir batin ye..
(hahahah simply siti sangat)

Pantun Yanie:
Jarang bersua bukannya lupa
Dalam ingatan teringat selalu
Bulan Ramadhan menjelang tiba
Mohon ampunkan salah silapku

Amacam pantun ku?
(ermmm boleh laaa, hahaha)

Pantun Abang E:
Esok sudah bulan puasa
Eh bukan datang bulan ka?

(Motif?????????)

p/s: Tahniah pada yang berani menyahut cabaran, yang lain2 walaupun tidak membalas pantun terima kasih atas kiriman sms Salam Ramadhan kamoo semua buat cD.. Muahh kat pp.

-cD-

Monday, August 9, 2010

Cuci The Musical 2 Terbaek...

8 Ogos 2010
Istana Budaya, Kuala Lumpur.
8.30 pm


Semalam cD berkesempatan untuk menonton teater "Cuci The Musical" musim ke-2. Selayaknya tepukan gemuruh yang bergema satu Istana Budaya buat semua pendukung watak utama sehingga ke penari dan penyanyi latarnya.. Terbaek sangat. Tahniah buat Hans coz mengilhamkan satu naskah yang sungguh hebat sehingga mampu dipentaskan buat kali keduanya.

Siapa mampu menidakkan bakat Afdlin Shauki? Idea dan lagak spontannya bukan hanya mencuit, malah mampu menggeletek sesiapa jua. Perut adalah asetnya yang paling berharga, scene Afdlin menjadi "tunggul" sangat-sangat menggelikan hati ini. Serius x tipu... Afdlin juga berjaya menonjolkan kematangan vokal dengan elemen soal dan R&B yang sangat mengasyikan. Best ok tone Afdlin, dia patut buat album lagi. Cuci hilang serinya tanpa Jojo, watak yang diamanahkan pada Awie. Seorang abang yang bermuka ganas tapi lembut hatinya, gemalai liuk lentuknya tapi str8 katanya... kau mampu? cD ngan akak seat sebelah yang tidak dikenali itu gelak sakan ok, macam digeletek. Siapa x kenal Awie kan? vokalnya cukup mantap dan tersendiri. Tahniah juga buat Nabil selaku famili baru cuci, Lu Pikir la Sendiri, watak lu Terbaek bro. Walaupun lu buat lawak, lu sendiri yang gelak, maka seistana bersorak... Jac juga mantap vokalnya... bak kata Jojo, bau kari.... x banyak yang boleh dikomen dari watak Jessy, Jac dah berikan yang terbaek. Vee... ermm... kita kenali dia dengan lakonan yang menobatkannya sebagai pelakon wanita terbaek. Kita juga kenali dia dalam sehati berdansa yang berjaya mencungkil bakat tarinya sehingga dinobat sebagai Juara. Tetapi yang kita x kenal adalah vokalnya.. Nyata Vee mampu menyanyi sebaik penyanyi realiti. Sesungguhnya bakat itu adalah kurniaan.

Pendek kata cD tersangatlah berpuas hati, amat terhibur dan enjoy sakan. Harap Cuci mampu menandingi naskah PGL sehingga mampu dipentaskan untuk musin ke-3. Amin..











p/s: Thanks cik Eny...

-cD-