Thursday, September 30, 2010

Khai Selamat Dikebumikan...

Alhamdulillah, selesai solat zohor dan diikuti solat jenazah tadi, Khai telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota. Bagi yang berhajat bolehlah datang melawat. Malam ini juga selepas solat isyak keluarga arwah akan mengadakan bacaan yasin dan tahlil, pada sahabat dan kenalan bolehlah turut sama meramaikan lagi majlis tahlil ini. Alamat kediaman keluarga arwah adalah dilokasi berikut:

No. 30, Jalan 5B/6
Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur.

p/s: Hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan ayat-ayat suci untuk kesejahteraan arwah.

-cD-

Khai Pergi Buat Selamanya...

Al-Fatihah, Khairuddin bin Md Zin
30 Jun 1982 - 30 September 2010
17 hari di HKL (15 hari Wad Neuro, 2 hari ICU)

Setelah 17 hari bertarung nyawa, melawan segala dugaan yang mendatang.. akhirnya Khai menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.15 am tadi. Ternyata Allah SWT lebih sayangkan Khai, kini dia pergi buat selamanya. Sepanjang tempoh 15 tahun mengenalinya, banyak yang telah kami kongsikan bersama.. suka duka, gelak tawa semuanya tiada lagi. Apa yang tersisa kini cumalah memori bersama.

Banyak persamaan antara cD dan Khai yang membolehkan kami akrab sentiasa. Kami berkongsi tarikh lahir yang sama, kedua-duanya anak bongsu, saiz kasut yang sama, citarasa juga hampir serupa. Maknanya tahun depan cD sambut besday sorang-sorang je la, Khai dah x ada lagi. Terasa benar kehilangan, awal tahun ari tu Abah pergi, kini Khai pula menyusul...





p/s: Bersemadilah dengan tenang, memori bersama x mungkin cD lupa.. Al-fatihah

-cD-

Wednesday, September 29, 2010

Khai Tenat...

cD baru terima panggilan dari "papa" jam 3.45 pm tadi. Papa kata Khai dah tenat, Ya Allah jika ini takdirnya berilah peluang dan kesempatan untuk cD berjumpa dengan Khai buat kali terakhir. Waktu rehat lunch tadi cD sempat singgah sekejap, time tu Khai masih seperti semalam. Tercungap-cungap dah nampak letih sangat. Jika ini ketentuannya cD redha, tapi berilah peluang untuk cD berjumpa dengannya buat kali terakhir. Terasa lamanya menunggu jam 5.

Pada kawan-kawan yang mengenali Khai datanglah melawat buat kali terakhir.. cD tidak mengharapkan begini akhirnya, cD masih percaya Khai mampu bertahan. Tapi kuasa Allah SWT siapa mampu menghalangnya? Ya Allah.. Selamatkanlah sahabatku.. Amin.

p/s: Awal tahun cD kehilangan Abah, cD x mahu kehilangan sahabat cD pula..

-cD-

Happy Birthday Hanie...






p/s: Semoga berbahagia di hari kelahiran yang ke 28... oopsssss

-cD-

Monday, September 27, 2010

Khai Dibotakkan...

26 September 2010
HKL, Wad Neuro 5b
tingkat 2, Katil 16

Semalam, sebaik kaki melangkah masuk ke Wad Neuro 5b, mata cD pantas tertumpu pada kepala Khai. Spontan terpacul dari mulut cD "kenapa Khai Botak?" Macam-macam yang bermain difikiran ketika melihat keadaan Khai yang telah dibotakan, mungkinkah dia akan dibedah? Setelah mendapatkan penjelasan barulah cD dapat menarik nafas lega, rambut Khai terpaksa dicukur untuk menurunkan suhu badannya. Sejak dimasukkan ke wad, Khai kerap deman dan suhu badannya kerap juga naik. cD x kesah Khai dibotakkan, tapi biarlah ianya dibuat dengan cermat. Terdapat beberapa kesan luka akibat cukuran dikepala Khai. Mentanglah keadaan Khai separa koma, tidak bermakna dia boleh diperlaku sebegitu.

Keadaan Khai buat masa ni agak OK, jangkitan kuman di paru-paru juga telah tiada.. Apa yang membimbangkan adalah jangkitan kuman di otaknya, insyaAllah Khai akan sembuh tapi mengambil masa la. Mungkin sebulan, mungkin 2 bulan.. Hanya Allah SWT yang mengetahui. Walaupun masih "separa koma", kekadang Khai akan mencelikkan matanya dan seolah-olah dia sudah sedar.. tapi itulah, dia cuma berada dalam dunianya sendiri. Semalam sewaktu cD bisikan sesuatu ke telinga, Khai seolah-olah mendengar... Alhamdulillah respon seperti itulah yang diharapkan.













p/s: Sama-samalah kita mendoakan semoga Khai cepat sembuh.. Amin. Maaf jika cD lambat update, tatau nak kata ape coz perkembangannya lambat berkembang..

-cD-

Wednesday, September 22, 2010

Terkini Tentang Khai...

Seperti yang semua maklum, Khai telah menjalani prosedur menebuk leher untuk memudahkan pernafasan kira-kira jam 4.30 petang semalam. Tepat jam 5 petang cD terus bergegas ke HKL untuk melihat sendiri bagaimana keadaan Khai selepas ditebuk lehernya. Menitis air mata bila melihat Khai terlantar dengan keadaan leher ditebuk sebegitu, tapi dalam hati cD bersyukur ke hadrat Illahi coz Khai masih kuat menghadapi semua ini.

Doktor mengesahkan yang Khai stabil dan cD sendiri melihat pernafasannya agak teratur dan tenang berbanding sebelum menjalani prosedur menebuk leher tersebut. Apa yang menggusarkan cD adalah bila melihat segala bulu roma dari paras bahu sehingga ke hujung jari Khai meremang dah tegak-tegak. Tatau la sebab sejuk or ape.. tapi suhu dalam tu biasa-biase aje. Semalam sempat gak cD curi snap-snap pic Khai untuk tatapan kekawan yang tak berkesempatan melawat Khai.





p/s: Harap-harap hari nie ada perkhabaran gembira...

-cD-

Tuesday, September 21, 2010

Khai Kena Tebuk Leher...

Sebentar tadi cD mendapat khabar terkini tentang Khai melalui papa yang telahpun berada di ICU sejak pagi tadi. Perbualan singkat tadi mengesahkan yang Doktor akan mencabut alat bantuan pernafasan yang membantu Khai bernafas selama ini. Khai tidak boleh bergantung pada alat tersebut kerana kuman mudah merebak sehingga ke paru-paru, bimbang juga nanti ada infection...

Kira-kira jam 4 petang nanti Doktor akan menjalankan prosedur untuk menebuk leher Khai bagi memudahkan pernafasannya. Ya Allah, bimbang bukan kepalang rasanya.. teramatlah risau. Orang-orang kata kalau dah sampai stage tebuk-tebuk nie kira 50/50, tapi cD masih yakin dan percaya Khai akan pulih seperti sediakala. Allah yang memberi penyakit dan Allah juga yang menyembuhkannya. Hanya Allah yang menentukannya, sebagai hambanya kita hanya mampu memohon dan berdoa. Sembuhkanlah sahabatku ini Ya Allah, amin...



Pic google...

p/s: Dikalangan pembaca blog cD nie, ada yang berpengalaman ditebuk leher? Apakah risikonya?

-cD-

Sunday, September 19, 2010

Khai Dimasukkan ke ICU...

Just nak maklumkan pada semua, jam 8 malam tadi Khai telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Berderau darah cD bila mendengar khabar tersebut, sejak meninggalkan Wad Neuro 5B jam 4.15 petang tadi hati cD mulai gusar. Bermacam-macam yang bermain difikiran sejak diajukan soalan dari papa tadi. Mengapa soalan itu yang dipertanyakan? Adakah ianya berkaitan?

15 tahun cD dan Khai berkongsi suka duka, berkongsi pelbagai rahsia. Semuanya tesimpan rapi, Khai memang ramai kawan, personaliti yang dimiliki membuatkan ramai yang suka dan senang mendampinginya. Walaupun ramai kawan, x semua kenal siapa sebenarnya insan bernama Khairuddin ini. Dia x suka berkongsi masalah, x suka mengadu kesulitan yang dihadapi, kecuali benar-benar tidak tertanggung barulah dia mencari teman untuk meluahkannya.. Biasanya cD lah tempat dia mengadu, termasuklah beberapa teman yang rapat dengannya. Rapat macam mana pun masih ada yang cD sendiri tidak tahu tentang Khai. Bukan semuanya kita dapat kongsi bersama, ada perkara-perkara yang Khai pendam sendiri... Hanya dia yang mengerti.

Berbalik kisah ICU tadi, sebaik mendapat khabar tersebut cD bersama beberapa teman rapat bergegas ke HKL. Risau bukan kepalang dibuatnya, doktor mengesahkan yang masalah dihadapi Khai agak serius dan masih menganalisis bendasing yang menghuni bahagian otaknya. Sekurang-kurangnya cD dapat menarik nafas lega, walaupun ditempatkan di ICU, kesihatan Khai dipantau 24 jam. Hopefully esok mengkhabarkan sinar harapan, cD tak putus berdoa dan mengharap Khai pulih seperti sediakala. Marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat Khairuddin. Amin.

p/s: Khai ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) tingkat 3, Blok Utama HKL. Pada yang berkelapangan waktu melawat adalah bermula 12.30 - 2.00 dan 4.30 - 7.30.

-cD-

Saturday, September 18, 2010

Khai UPDATE...

18 September 2010
Hospital Kuala Lumpur
Wad Neuro 5B, Tingkat 2

Sedih, kecewa, geram dan bermacam-macam lagi emosi yang bersatu apabila melihat sekujur tubuh lemah itu terbaring lesu. Bukan menidakkan usaha dan perkhidmatan yang diberikan HKL, tapi sejak menjalani ujian MRI Khai kelihatan bertambah lesu dan tidak bermaya. Hari nie Khai diserang deman, seluruh badannya terasa panas... keadaan ini berbeza sebelum dia menjalani ujian MRI.

Agak kecewa sedikit dengan result MRI yang diterima, pakar yang merawat Khai mengatakan terdapat tumor di kepala Khai. Result tersebut sekurang-kurangnya memerlukan pengesahan dari 2 orang pakar. Apa yang geramnya adalah result tersebut masih belum disahkan oleh seorang lagi pakar. Tup, tup pagi tadi Khai ditukarkan ke tingkat 2, Wad Neuro 5B. Disini Khai dirawat oleh 3 orang pakar... hebat kan, sampai 3 orang pakar yang ditugaskan untuk merawat Khai, tapi yang membuatkan cD panas hati adalah bila mendengar soalan dari Doktor yang bertugas.... Soalannya berbunyi begini: Apa Masalah Khairuddin? Dia Sakit Apa? Astafirullahalazim... mengucap panjang cD dibuatnya. Kalau nak tanya soklan camtu buat apalah dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan? Kami sendiri boleh jadi doktor dan rawat Khai sendiri kat rumah. Memang berbulu habis. Bila dah terangkan serba sedikit masalah Khai barulah "doktor" bukan nama sebenar tu mengeluarkan teori yang dia cedok entah dari mana... Katanya kepala Khai telah diserang kuman. Kuman tersebut terus menyerang dibahagian otak, tataulah di serebrum, medula oblongata atau serebelum. Halooooooooo aku belajar sains jugak dulu... Katanya lagi, daya tahan badan Khai lemah sebab tulah kuman tu terus attack otak Khai...

Apa yang kelakarnya, doktor bukan nama sebenar tu boleh mengeluarkan teori tersebut tanpa menyemak rekod dari Doktor Ramesh yang menjalankan ujian MRI ke atas Khai. Bayangkan result MRI tu masih belum disahkan oleh seorang lagi pakar, tup tup dia boleh kata Khai diserang kuman plak... Ermmm pelik ehh, sekejap tumor, sekejap jangkitan kuman.. Kalau macam tu Khai jadi bahan ujikaji la, setiap kali bertukar wad penyakit pun akan bertukar... Apa yang pastinya Khai ditahan diwad tersebut untuk tempoh 2 minggu, sepanjang tempoh tersebut, 3 pakar yang merawat Khai akan memantau perkembangannya.. Tataulah apa lagi yang akan Khai tempuhi, wayar apa lagi yang akan dicucuk, bahagian mana lagi yang akan ditebuk. cD sendiri sedih melihat Khai diperlakukan sebegitu. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, KHAI SEKARANG DAH TAK BOLEH MAKAN LAGI. DENGAN TIUB YANG DISAMBUNGKAN KE HIDUNG ITULAH YANG MEMBANTU UNTUK MEMASUKKAN SUSU 6 KALI SEHARI.

cD hanya mampu berdoa... cepatlah berakhir penderitaan Khai ini..







p/s: Pada yang berkelapangan, sudilah kiranya untuk melawat Khai. Esok waktu melawat sangatlah panjang, bermula 12.30 hingga 7.30.

-cD-

Tuesday, September 14, 2010

Dugaan Ramadhan / Syawal...

Entry nie cD buat khas untuk sahabat merangkap teman dan insan paling rapat dengan cD. Khairuddin bin Md Zin, insan yang cD kenali sejak berumur 13 tahun lagi. Seminggu sebelum umat islam menyambut kedatangan 1 Syawal, masih dibulan Ramadhan yang penuh dengan barakah, Khai sudah terlantar dirumah. Mulanya dia hanya mengadu sakit kepala (migrain) yang kerap dialami kebelakangan nie. Seminggu itu jugalah cD tidak menerima sebarang khabar dari Khai, kebiasaanya kami akan mencari baju melayu seminggu sebelum Hari Raya. Puas cD call x dapat, sms tidak pula direply... tersentak juga, apa masalah sehingga dia terusan membisu.

Keesokkan cD terima panggilan dari "papa", ayah kepada Khai yang mengkabarkan berita kurang enak. Khai dah beberapa hari tidak bekerja dan terlantar dirumah sahaja. cD minta untuk bercakap sebentar dengan Khai... Sayup-sayup terdengar suaranya dihujung talian, bermacam yang cD tanya tapi cuma sepatah yang dijawab. Itulah kali terakhir cD mendengar suaranya. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SEKARANG KHAI SUDAH TIDAK BOLEH BERKATA-KATA. MasyaAllah, betapa besar dugaan dari Allah SWT buat hambanya..

Malam Hari Raya Pertama... disebabkan terlalu risau, cD bersama mak dan kakak pergi menziarah khai dirumah. Itulah kali pertama cD melihat dia sejak kami berbuka puasa bersama-sama pada 26 Ogos yang lalu. MasyaAllah, berlainan sungguh keadaan fizikal khai, bayangkan dalam tempoh hanya seminggu tubuhnya telah menampakkan semua tulang. Terbayang wajah kanak-kanak Afrika di chanel National Geographic, hampir meleleh air mata cD dibuatnya. Papa memberitahu yang Khai tak mahu menjamah nasi, makanan lain juga tidak disentuh. Puas dipujuk, akhirnya kakak cD berjaya menyuapkan 3 ketul nasi impit bekuah lontong, Alhamdulillah... Papa bersyukur sambil mengalirkan air mata tuanya...

Sepanjang 1 jam setengah, khai tidak mengeluarkan sepatah kata langsung. cD sendiri bingung bagaimana keadaanya boleh berubah sampai sebegitu? Inilah yang dinamakan kuasa Allah SWT. Dengan kebesaran kuasanya, sekelip mata segala nikmat dan kurnia mampu ditarik semula. Dalam linangan air mata, mak dan cD membantu untuk memandikan khai dengan tuala basah. Lapkan tuala basah kemuka dan seluruh tubuhnya. Besar sungguh dugaan buat Khai.

Oleh kerana buntu dengan keadaan yang berlaku, keluarga Khai sepakat untuk menghantarnya ke Hospital. Sangkanya keadaan akan berubah, tapi lain pula khabar yang diterima. Hasil daripada CT Scan, doc mengesahkan di dalam kepala Khai mempunyai "sesuatu".. Ujian awal menandakan terdapat ketumbuhan atau nanah didalam kepala yang menyebabkan Khai tidak mampu untuk berkata-kata. Doc menyarankan untuk membuat MRI bagi mendapatkan imej yang lebih jelas sekaligus merungkaikan tandatanya samada "sesuatu" itu adalah nanah ataupun ketumbuhan. Subhanallah.. Hanya doa mampu cD panjatkan semoga penderitaan ini cepat berlalu.

Kepada sesiapa yang mengenali Khairuddin bin Md Zin, maafkan segala apa juga yang telah dia lakukan selama ini. Sebagai manusia, kita tidak lepas dari melakukan sebarang kesilapan. Maafkanlah, dan sama-samalah kita doakan semoga Allah SWT menyembuhkan Khai seperti sedia kala. Amin..

















p/s: Mohon kawan-kawan linkkan entry cD ini untuk tatapan teman-teman yang mengenali Khai.

-cD-