Tuesday, September 14, 2010

Dugaan Ramadhan / Syawal...

Entry nie cD buat khas untuk sahabat merangkap teman dan insan paling rapat dengan cD. Khairuddin bin Md Zin, insan yang cD kenali sejak berumur 13 tahun lagi. Seminggu sebelum umat islam menyambut kedatangan 1 Syawal, masih dibulan Ramadhan yang penuh dengan barakah, Khai sudah terlantar dirumah. Mulanya dia hanya mengadu sakit kepala (migrain) yang kerap dialami kebelakangan nie. Seminggu itu jugalah cD tidak menerima sebarang khabar dari Khai, kebiasaanya kami akan mencari baju melayu seminggu sebelum Hari Raya. Puas cD call x dapat, sms tidak pula direply... tersentak juga, apa masalah sehingga dia terusan membisu.

Keesokkan cD terima panggilan dari "papa", ayah kepada Khai yang mengkabarkan berita kurang enak. Khai dah beberapa hari tidak bekerja dan terlantar dirumah sahaja. cD minta untuk bercakap sebentar dengan Khai... Sayup-sayup terdengar suaranya dihujung talian, bermacam yang cD tanya tapi cuma sepatah yang dijawab. Itulah kali terakhir cD mendengar suaranya. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SEKARANG KHAI SUDAH TIDAK BOLEH BERKATA-KATA. MasyaAllah, betapa besar dugaan dari Allah SWT buat hambanya..

Malam Hari Raya Pertama... disebabkan terlalu risau, cD bersama mak dan kakak pergi menziarah khai dirumah. Itulah kali pertama cD melihat dia sejak kami berbuka puasa bersama-sama pada 26 Ogos yang lalu. MasyaAllah, berlainan sungguh keadaan fizikal khai, bayangkan dalam tempoh hanya seminggu tubuhnya telah menampakkan semua tulang. Terbayang wajah kanak-kanak Afrika di chanel National Geographic, hampir meleleh air mata cD dibuatnya. Papa memberitahu yang Khai tak mahu menjamah nasi, makanan lain juga tidak disentuh. Puas dipujuk, akhirnya kakak cD berjaya menyuapkan 3 ketul nasi impit bekuah lontong, Alhamdulillah... Papa bersyukur sambil mengalirkan air mata tuanya...

Sepanjang 1 jam setengah, khai tidak mengeluarkan sepatah kata langsung. cD sendiri bingung bagaimana keadaanya boleh berubah sampai sebegitu? Inilah yang dinamakan kuasa Allah SWT. Dengan kebesaran kuasanya, sekelip mata segala nikmat dan kurnia mampu ditarik semula. Dalam linangan air mata, mak dan cD membantu untuk memandikan khai dengan tuala basah. Lapkan tuala basah kemuka dan seluruh tubuhnya. Besar sungguh dugaan buat Khai.

Oleh kerana buntu dengan keadaan yang berlaku, keluarga Khai sepakat untuk menghantarnya ke Hospital. Sangkanya keadaan akan berubah, tapi lain pula khabar yang diterima. Hasil daripada CT Scan, doc mengesahkan di dalam kepala Khai mempunyai "sesuatu".. Ujian awal menandakan terdapat ketumbuhan atau nanah didalam kepala yang menyebabkan Khai tidak mampu untuk berkata-kata. Doc menyarankan untuk membuat MRI bagi mendapatkan imej yang lebih jelas sekaligus merungkaikan tandatanya samada "sesuatu" itu adalah nanah ataupun ketumbuhan. Subhanallah.. Hanya doa mampu cD panjatkan semoga penderitaan ini cepat berlalu.

Kepada sesiapa yang mengenali Khairuddin bin Md Zin, maafkan segala apa juga yang telah dia lakukan selama ini. Sebagai manusia, kita tidak lepas dari melakukan sebarang kesilapan. Maafkanlah, dan sama-samalah kita doakan semoga Allah SWT menyembuhkan Khai seperti sedia kala. Amin..

















p/s: Mohon kawan-kawan linkkan entry cD ini untuk tatapan teman-teman yang mengenali Khai.

-cD-

6 comments:

kin said...

Salam cD...
Kak Kin doa agar Khai cepat sembuh. InsyaAllah.

-cD- said...

Mekacih kak kin... Amin..

azizisamsudin said...

DOAKU ...moga khai cepat sihat sembuh n kembali seperti sediakala .. ...amin

-cD- said...

Amin, moga doa zizi dimakbulkan...

h a n i e said...

br bace entry nih..semoga khai cepat sembuh! insyaAllah..doakan yg terbaik untuk dia..




yang..miss yu lah..hehe

Bayu Kenangan said...

semoga adik khai chat... semua warga TMpoint kepong akan mendoakan....