Monday, September 27, 2010

Khai Dibotakkan...

26 September 2010
HKL, Wad Neuro 5b
tingkat 2, Katil 16

Semalam, sebaik kaki melangkah masuk ke Wad Neuro 5b, mata cD pantas tertumpu pada kepala Khai. Spontan terpacul dari mulut cD "kenapa Khai Botak?" Macam-macam yang bermain difikiran ketika melihat keadaan Khai yang telah dibotakan, mungkinkah dia akan dibedah? Setelah mendapatkan penjelasan barulah cD dapat menarik nafas lega, rambut Khai terpaksa dicukur untuk menurunkan suhu badannya. Sejak dimasukkan ke wad, Khai kerap deman dan suhu badannya kerap juga naik. cD x kesah Khai dibotakkan, tapi biarlah ianya dibuat dengan cermat. Terdapat beberapa kesan luka akibat cukuran dikepala Khai. Mentanglah keadaan Khai separa koma, tidak bermakna dia boleh diperlaku sebegitu.

Keadaan Khai buat masa ni agak OK, jangkitan kuman di paru-paru juga telah tiada.. Apa yang membimbangkan adalah jangkitan kuman di otaknya, insyaAllah Khai akan sembuh tapi mengambil masa la. Mungkin sebulan, mungkin 2 bulan.. Hanya Allah SWT yang mengetahui. Walaupun masih "separa koma", kekadang Khai akan mencelikkan matanya dan seolah-olah dia sudah sedar.. tapi itulah, dia cuma berada dalam dunianya sendiri. Semalam sewaktu cD bisikan sesuatu ke telinga, Khai seolah-olah mendengar... Alhamdulillah respon seperti itulah yang diharapkan.













p/s: Sama-samalah kita mendoakan semoga Khai cepat sembuh.. Amin. Maaf jika cD lambat update, tatau nak kata ape coz perkembangannya lambat berkembang..

-cD-

5 comments:

h a n i e said...

moga khai cepat sembuh!!

-cD- said...

Amin, mekacih hanie..

W. Hidney said...

agak kasar jugak treatment hospital ni... nanti nak pergi tengok khai la. kita gi sama2 ek

-cD- said...

Tu la pasal, sedih tengok khai diperlakukan sebegitu.. Ermm ok aje cuk.

MaWar MeRah said...

sebak akak melihat gambar-gambar ni. Kuatkan hati ya cd.