Sunday, September 19, 2010

Khai Dimasukkan ke ICU...

Just nak maklumkan pada semua, jam 8 malam tadi Khai telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Berderau darah cD bila mendengar khabar tersebut, sejak meninggalkan Wad Neuro 5B jam 4.15 petang tadi hati cD mulai gusar. Bermacam-macam yang bermain difikiran sejak diajukan soalan dari papa tadi. Mengapa soalan itu yang dipertanyakan? Adakah ianya berkaitan?

15 tahun cD dan Khai berkongsi suka duka, berkongsi pelbagai rahsia. Semuanya tesimpan rapi, Khai memang ramai kawan, personaliti yang dimiliki membuatkan ramai yang suka dan senang mendampinginya. Walaupun ramai kawan, x semua kenal siapa sebenarnya insan bernama Khairuddin ini. Dia x suka berkongsi masalah, x suka mengadu kesulitan yang dihadapi, kecuali benar-benar tidak tertanggung barulah dia mencari teman untuk meluahkannya.. Biasanya cD lah tempat dia mengadu, termasuklah beberapa teman yang rapat dengannya. Rapat macam mana pun masih ada yang cD sendiri tidak tahu tentang Khai. Bukan semuanya kita dapat kongsi bersama, ada perkara-perkara yang Khai pendam sendiri... Hanya dia yang mengerti.

Berbalik kisah ICU tadi, sebaik mendapat khabar tersebut cD bersama beberapa teman rapat bergegas ke HKL. Risau bukan kepalang dibuatnya, doktor mengesahkan yang masalah dihadapi Khai agak serius dan masih menganalisis bendasing yang menghuni bahagian otaknya. Sekurang-kurangnya cD dapat menarik nafas lega, walaupun ditempatkan di ICU, kesihatan Khai dipantau 24 jam. Hopefully esok mengkhabarkan sinar harapan, cD tak putus berdoa dan mengharap Khai pulih seperti sediakala. Marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat Khairuddin. Amin.

p/s: Khai ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) tingkat 3, Blok Utama HKL. Pada yang berkelapangan waktu melawat adalah bermula 12.30 - 2.00 dan 4.30 - 7.30.

-cD-

12 comments:

W. Hidney said...

semoga cepat sembuh huhu

-cD- said...

Amin...

Anonymous said...

ya Allah. Maha Besar Kamu menurunkan sesuatu ujian terhadap hamba Mu. ya Allah, berikanlah kekuatan kepada Khairuddin bin Md Zin, sembuhkanlah penyakitnya, ringankanlah bebannya, permudahkan urusannya. ya Allah, ampukanlah dia. kuatkanlah mereka disekelilingnya. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim kami memohon...

-cD- said...

Amin, Amin, Amin Ya Robbal Alamin..

.:fifi:. said...

smoga cpat sembuh...

-cD- said...

Amin, moga makbul tiap2 doa..

sarahSakeenah said...

semoga Khai cepat sembuh... Insyaallah dengan izin Allah.. kita hanya mampu berdoa..

sarahSakeenah said...

semoga Khai cepat sembuh... Insyaallah dengan izin Allah.. kita hanya mampu berdoa..

-cD- said...

Itulah yg kita semua harapkan.. x pernah putus berdoa...

Jabariah said...

CD ada apa2 berita terkini ker?

-cD- said...

Perkembangan... Khai dah 2 hari masuk ICU. pagi tadi doc minta ayah n abang khai datang untuk sign dokumen untuk tebuk leher dia..

coz dah 2 hari khai guna mesin untuk bantuan pernafasan.. benda tu x elok untuk kesihatan coz kuman senang masuk paru2 dia..

pe2 nanti cd update lagi

Jabariah said...

tq CD