Tuesday, September 21, 2010

Khai Kena Tebuk Leher...

Sebentar tadi cD mendapat khabar terkini tentang Khai melalui papa yang telahpun berada di ICU sejak pagi tadi. Perbualan singkat tadi mengesahkan yang Doktor akan mencabut alat bantuan pernafasan yang membantu Khai bernafas selama ini. Khai tidak boleh bergantung pada alat tersebut kerana kuman mudah merebak sehingga ke paru-paru, bimbang juga nanti ada infection...

Kira-kira jam 4 petang nanti Doktor akan menjalankan prosedur untuk menebuk leher Khai bagi memudahkan pernafasannya. Ya Allah, bimbang bukan kepalang rasanya.. teramatlah risau. Orang-orang kata kalau dah sampai stage tebuk-tebuk nie kira 50/50, tapi cD masih yakin dan percaya Khai akan pulih seperti sediakala. Allah yang memberi penyakit dan Allah juga yang menyembuhkannya. Hanya Allah yang menentukannya, sebagai hambanya kita hanya mampu memohon dan berdoa. Sembuhkanlah sahabatku ini Ya Allah, amin...



Pic google...

p/s: Dikalangan pembaca blog cD nie, ada yang berpengalaman ditebuk leher? Apakah risikonya?

-cD-

9 comments:

.:fifi:. said...

hurmm..
serius sngt ke smpai kne tebuk2 tuh??
insyallah smga ada miracle,dia akn sembuh sprti sediakala..

-cD- said...

Entahlah... InsyaAllah...

MaksuHakim said...

Bersabar, berusaha berdoa dan bertawakal...Allah akan memberi pertolongan dan juga laluan yg mudah bg yg bersabar.Insya Allah...

Jika akim adalah khai sesungguhnya akim akan berbaangga mempunyai teman dan sahabat seperti cd....:)

Azrol said...

CD.... insyallah kita doakan Khai selamat.... tadi tengahari masa melawat Khai... Doc bagitau yg akan tebuk leher Khai... ini procedur yang diorang kena lagikan sebab virus telah merebak... Saya sebak melihat Khai tadi... meleleh airmata melihat dia tadi... saya usap2 rambut dia, saya urut2 tangan dia, dia hanya kelip2kan mata dia sahaja....

ezam said...

sedihnya baca.....mmg tak sampai ati tengok org di hospital....cepat sayu....harap2 semuanya ok...walopon tak mengenali beliau sama2lah kita doakan khai supaya bangkit dan pulih seperti dulu inshaallah...

W. Hidney said...

tak ada risiko kalau dilakukan oleh org yang tau. cuma post prosedur tu, akan meninggalkan parut yang agak tak cantik tapi rock! sebab apa rock? sebab tak semua ada parut tu hehehe

-cD- said...

Akim:
X de ape nak dibanggakan akim, hari nie hari dia, mana tau esok lusa hari cD plak..

Azrol:
Tu la pasal, harap2 Khai kuat utk melawan semua nie.. Elok juga tebuk kat leher tu coz kalau lama sangat guna alat bantuan pernafasan kat mulut tu boleh kena infection

Abang E:
Abang yg x kenal Khai pun sedih, apetah lagi kami yg rapat dengan dia.. Papa dia ari2 nanges, kami turut sebak.

Ucuk:
parut tu adelah kecacatan kekal cuk, biarlah berparut asalkan dia pulih seperti sediakala.

Anonymous said...

mmg sedih tgk keadaan beliau.. insyaallah dia akan sihat.. anyway, saya ada pengalaman ckit psl tebuk ni coz abg saya pernah accident teruk dikepala sehingga terpaksa buang tempurung kepala sedikit. keadaan yg sama tp punca yang berlainan..
kebiasaan tebuk ni hanyala 1 prosedur biasa bg memudahkan pernafasan beliau.. kerana kita xboleh bergantung terlalu lama pada bantuan pernafasan. tp jangkitan kuman lagi cepat merebak kalau tebuk leher coz saluran tu terus ke paru2. Oleh itu kena la jaga kebersihan tiub kat leher tu.. then kalau ada org melawat jgn bg terlalu rapat coz pesakit akan cepat terkena jangkitan sebabkan tiub yg dekat dgn paru2.. kalau ada jangkitan kat paru2 pesakit akan senang dpt demam.. so makesure bdn pesakit xpanas, kalau panas mesti ada jangkitan ckit kat paru2.. then kenala bersihkan bdn pesakit dan bersihkan sekeliling tiub..
tetapi kalau nk tau pesakit pun xboleh bergantung terlalu lama dgn tiub dileher tu.. sbab mmg risiko utk kena jangkitan kat paru-paru tu tinggi.. akhir sekali sya doakan semoga dia cepat sembuh..

-cD- said...

Mekacih coz berkongsi pengalaman, dapat gak info untuk dijadikan panduan. Terima kasih bebanyak.