Saturday, September 18, 2010

Khai UPDATE...

18 September 2010
Hospital Kuala Lumpur
Wad Neuro 5B, Tingkat 2

Sedih, kecewa, geram dan bermacam-macam lagi emosi yang bersatu apabila melihat sekujur tubuh lemah itu terbaring lesu. Bukan menidakkan usaha dan perkhidmatan yang diberikan HKL, tapi sejak menjalani ujian MRI Khai kelihatan bertambah lesu dan tidak bermaya. Hari nie Khai diserang deman, seluruh badannya terasa panas... keadaan ini berbeza sebelum dia menjalani ujian MRI.

Agak kecewa sedikit dengan result MRI yang diterima, pakar yang merawat Khai mengatakan terdapat tumor di kepala Khai. Result tersebut sekurang-kurangnya memerlukan pengesahan dari 2 orang pakar. Apa yang geramnya adalah result tersebut masih belum disahkan oleh seorang lagi pakar. Tup, tup pagi tadi Khai ditukarkan ke tingkat 2, Wad Neuro 5B. Disini Khai dirawat oleh 3 orang pakar... hebat kan, sampai 3 orang pakar yang ditugaskan untuk merawat Khai, tapi yang membuatkan cD panas hati adalah bila mendengar soalan dari Doktor yang bertugas.... Soalannya berbunyi begini: Apa Masalah Khairuddin? Dia Sakit Apa? Astafirullahalazim... mengucap panjang cD dibuatnya. Kalau nak tanya soklan camtu buat apalah dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan? Kami sendiri boleh jadi doktor dan rawat Khai sendiri kat rumah. Memang berbulu habis. Bila dah terangkan serba sedikit masalah Khai barulah "doktor" bukan nama sebenar tu mengeluarkan teori yang dia cedok entah dari mana... Katanya kepala Khai telah diserang kuman. Kuman tersebut terus menyerang dibahagian otak, tataulah di serebrum, medula oblongata atau serebelum. Halooooooooo aku belajar sains jugak dulu... Katanya lagi, daya tahan badan Khai lemah sebab tulah kuman tu terus attack otak Khai...

Apa yang kelakarnya, doktor bukan nama sebenar tu boleh mengeluarkan teori tersebut tanpa menyemak rekod dari Doktor Ramesh yang menjalankan ujian MRI ke atas Khai. Bayangkan result MRI tu masih belum disahkan oleh seorang lagi pakar, tup tup dia boleh kata Khai diserang kuman plak... Ermmm pelik ehh, sekejap tumor, sekejap jangkitan kuman.. Kalau macam tu Khai jadi bahan ujikaji la, setiap kali bertukar wad penyakit pun akan bertukar... Apa yang pastinya Khai ditahan diwad tersebut untuk tempoh 2 minggu, sepanjang tempoh tersebut, 3 pakar yang merawat Khai akan memantau perkembangannya.. Tataulah apa lagi yang akan Khai tempuhi, wayar apa lagi yang akan dicucuk, bahagian mana lagi yang akan ditebuk. cD sendiri sedih melihat Khai diperlakukan sebegitu. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, KHAI SEKARANG DAH TAK BOLEH MAKAN LAGI. DENGAN TIUB YANG DISAMBUNGKAN KE HIDUNG ITULAH YANG MEMBANTU UNTUK MEMASUKKAN SUSU 6 KALI SEHARI.

cD hanya mampu berdoa... cepatlah berakhir penderitaan Khai ini..







p/s: Pada yang berkelapangan, sudilah kiranya untuk melawat Khai. Esok waktu melawat sangatlah panjang, bermula 12.30 hingga 7.30.

-cD-

9 comments:

ezam said...

kesiannya dia cd....

abg E doakan semoga dia cepat sembuh,inshaallah.

temankan dia n bagi dia semangat k.

-cD- said...

Amin..
memang tetiap ari cD temankan dia, papa pun x larat nak ulang alik ke spital...

W. Hidney said...

astaga kesiannya. kenapa tak hantar specialist terus? ada insurance cover tak?

-cD- said...

Ada ucuk, tapi x leh buat ape coz bahagian hr dorang still bercuti. Kena tunggu esok gak la. Skang Khai dah di masukkan ke ICU. Tatau la macam mana lepas nie.. Hanya doa termampu kita panjatkan semoga Khai kembali sembuh.

W. Hidney said...

pelik... masukkan dulu then urusan HR la. apa daaa. takkan nak tunggu HR jugak. susah la kalau macam tu

-cD- said...

Tu la pelik gak.. coz ape2 pun kita masuk dulu then nak kuar baru la hospital akan minta kan..

Kita nak pandai2 pun x leh coz lain-lain ofis.

.:fifi:. said...

hrm tkotnye tgok....
pape pon smoga dia cpt sembuh

-cD- said...

Dugaan, Allah menguji kita dalam pelbagai cara...

W. Hidney said...

yang penting masukkan dulu. bila office dah bukak, then office akan proceed dengan AL ata agreement letter. yg penting, masa masuk tu, kena ada surat pengesahan pekerja. simpan letter head siap2 dalam komputer. kalau perlu, just prinjer. sain la sapa2 pun. kalau tak ada jugak, at least bagi kad pekerja sewaktu pendaftaran pesakit