Wednesday, September 22, 2010

Terkini Tentang Khai...

Seperti yang semua maklum, Khai telah menjalani prosedur menebuk leher untuk memudahkan pernafasan kira-kira jam 4.30 petang semalam. Tepat jam 5 petang cD terus bergegas ke HKL untuk melihat sendiri bagaimana keadaan Khai selepas ditebuk lehernya. Menitis air mata bila melihat Khai terlantar dengan keadaan leher ditebuk sebegitu, tapi dalam hati cD bersyukur ke hadrat Illahi coz Khai masih kuat menghadapi semua ini.

Doktor mengesahkan yang Khai stabil dan cD sendiri melihat pernafasannya agak teratur dan tenang berbanding sebelum menjalani prosedur menebuk leher tersebut. Apa yang menggusarkan cD adalah bila melihat segala bulu roma dari paras bahu sehingga ke hujung jari Khai meremang dah tegak-tegak. Tatau la sebab sejuk or ape.. tapi suhu dalam tu biasa-biase aje. Semalam sempat gak cD curi snap-snap pic Khai untuk tatapan kekawan yang tak berkesempatan melawat Khai.





p/s: Harap-harap hari nie ada perkhabaran gembira...

-cD-

5 comments:

Mie said...

sebak n kesian aku tgk Khai camtu...mudah²an beliau cepat sembuh dan sihat seperti sediakala...sedih sgt tgk keadaan beliau walaupun kami tidak saling mengenali...

Mie said...
This comment has been removed by the author.
-cD- said...

InshaAllah...

Anonymous said...

tibe tibe saya terjumpe blog awak.
lalu, saya terbaca entri ttg sahabat awak.
sama sama kita doakan kesihatan sahabat awak,
biar die cepat sembuh.
saya yang melihat pun terasa berat.
apetah lagi awak sbg sahabat.
awak harus kuat supaya kawan awak akan terus kuat. =))

-cD- said...

Mekacih...