Wednesday, November 10, 2010

Menguntai Rindu...

Saat kelam selimuti malam
Bulan sedia memancar bahagia
Kala bulan terangi alam
Pungguk masih merintih setia
Sedalam mana cD menyelam
Mengapa masih rindukan Dia??

Adakah cD x redha dengan segala ketentuan? Mengapa sukar untuk melepaskan? hanya memori sebagai ingatan, Semestinya tidak akan cD lupakan. Hampir10 bulan Abah pergi meninggalkan cD, hari nie pula genap 42 hari Khai menyusuli Abah buat selamanya... Al-Fatihah.

p/s: Mengharap momen-monen indah kembali lagi...

-cD-

Thursday, November 4, 2010

Baby Ain...



Last week cD ngan member-member opis telah membuat lawatan muhibah ke rumah Ain (opis mate) yang telah melahirkan anak perempuan pertamanya. Ekceli dah hampir 2 bulan pun Ain bercuti bersalin dan next week akan masuk opis ye. Mengikut perancangan awal kami ingin melawat Ain dan babynya di kampung, Johor, tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hajat tersebut terbantut sehinggalah Ain dan babynya pulang semula ke KL.

Baby comel ini telah diberikan nama "Nur Ismahani", sejuk perut Ain mengandung kan.. hahahah. Betullah kata orang, kehadiran cahaya mata menambahkan lagi kebahagiaan berumahtangga. Kebahagiaan dan kegembiraan jelas tergambar diwajah Ain.. Tahniah atas kelahiran baby pertama nie.





p/s: Ko dah kurus sket, kata orang la... Aku tengok sama jer.. hahahah

-cD-