Monday, January 17, 2011

Setahun Berlalu...

17 Januari 2011

Hari nie genap setahun arwah abah pergi meninggalkan kami, cepat sungguh masa berlalu.. Semalam mak menitiskan air matanya buat kesekian kali dipusara abah, terasa sayu sangat.. Dah lama cD tak nakpak mak menangis, tapi semalam apabila mengenangkan yang abah telah pergi hampir setahun hatinya dicuit emosi... Dalam tempoh setahun nie, memang setiap minggu cD ngan mak akan menziarah pusara arwah abah, hanya surah yasin dan fatihah mampu kami berikan buat bekalan abah disana. Mungkin sebab tu x terasa sangat masa berlalu... Terasa abah dekat sangat..



Abah...
Setahun telah berlalu
Walaupun yang tersisa cuma kenangan
Namun kasih ini sedikit pun tidak berkurang
Kerna ku SAYANG kamoo...

Al-Fatihah
(Abdul Razak bin Omar)
17 Julai 1945 - 17 Januari 2010

p/s: Sentiasa merindui abah...

-cD-