Wednesday, November 30, 2011

Cinta Tidak Seharusnya Memiliki...

Setuju tak? Kalau kamoo setuju, kita adalah antara insan-insan yang redha dengan segala ketentuanNya. Cinta, kasih dan sayang tidak semestinya menjadi milik kita. Seharusnya kita bersyukur kerana dikurniakan nikmat berputiknya kasih, menguntumnya cinta dan makarnya sayang meskipun rasa itu hanya wujud didalam tanpa mampu dizahirkan. Perasaan yang wujud itu merupakan rahmat dariNya, walaupun tidak memiliki sekurang-kurangnya hati telah tercuit dengan satu rasa yang sukar untuk digambarkan. Alhamdulillah, syukur kerana diberi peluang untuk merasai nikmat “cinta”…

Sebaliknya bagi yang tidak sependapat, ketahuilah bahawa kamoo merupakan insan yang mementingkan diri sendiri dan tidak pernah bersyukur dengan segala nikmat yang hanya dipinjamkan buat sementara. Bagi kamoo, kecewa bercinta maka gelaplah dunia, hidup pun tiada lagi maknanya. Tahukah kamoo rasa “cinta” didunia hanya seketika? Cintailah diriNya, kerana itulah cinta abadi selamanya.

Buat yang tersayang, cinta ini sentiasa membara. Walau tidak bersama, yakinlah suatu ketika nanti kita abadi disana.

p/s: "Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead,"

-cD-

Sunday, November 27, 2011

Breaking Dawn Part 1...

Sabtu
26 November 2011
Signature @ The Gardens

Terbaik... tu je mampu cD luahkan mengenai sequel The Twilight Saga ni. Kekecewaan sewaktu menonton Eclipse dahulu terubat juga, hahaha. Suspen juga bila Bella mati beranak uols, baru real jadi pontianak coz mati masa bersalin kan... hahahah. Pada yang blom nengok movie ni g la tonton, gerenti kamoo tidak akan kecewa.





p/s: Diingatkan, lepas mata Bella terbeliak kamoo semua jangan terus tinggalkan panggung... Percayalah, kalau tidak kamoo akan rugi. Pada emy, tonton lagi sekali ehhh.. hahaha.

-cD-

Monday, November 21, 2011

Kenapa Tiada FB?...

Hurmmmm..

Mengeluh panjang cD dibuatnya, soalan2 yang kiranya agak membebankan untuk diberi penjelasan. Sukar untuk dimengertikan, itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan mengapa cD tiada akaun FB. Katalah apa saja, luahkan rasa terbungkam, namun pekung terpahat didada. InsyaAllah, satu ketika jika diizinNya bertemu juga kita di "maya" ini.

Buat teman2 yang lama menanti kehadiran cD di "maya" ini, teruslah bersabar. Rajuk cD bukannya lama... hahaha. Ye ke x lama? Makan tahun juga nak sembuh lukanya, tu x termasuk kesan parut yang masih lagi mengalirkan darah yang x berwarna. Kelas ko Jah, udah2 la drama queen... x de sape nak pujuk....

Hurmmmm... mengeluh lagi.

Maybe malam ni cD akan menyimpulkan segala kekusutan, jelaskan segala kekaburan, agar terjawab segala persoalan. Jom kita flashback ke 6 - 7 tahun yang lepas, ketika Myspace, friendster, ekawan dan segala tok nenek lain yang menjadi kegilaan remaja waktu itu. Kegilaan yang sama seperti FB dan Twitter sekarang. Yaa, cD pun x terkecuali.. cD antara jutaan insan yang mempunyai akaun disetiap laman sembang sosial yang ada pada waktu itu. Mungkin masih ada yang ingat kewujudan cD di myspace... Profile yang agak gila2, penuh dengan pic cari makan katanya... hahahah menggeleng bila diingat-ingat. Disinilah bermula segala episod yang mengubah keseluruhan hidup cD. Persahabatan, cinta, kasih sayang dan segalanya bermula disini, Alhamdulillah, teman2 yang cD kenali masih kekal sehingga ke saat ini. Cuma episod cinta dan kasih sayang berakhir awal, x mampu untuk cD membawa sequelnya... hahahah

Cintalah puncanya.... agak klise disitu.. tapi itulah sebenarnya punca mengapa cD mengasingkan diri daripada segala social network yang ada. Agak bodoh juga keputusan yang dibuat, biasalah... adik2 baru nak naik, emonya mengalahkan orang meroyan. Cinta datang dan pergi, tiada siapa mampu meramalkannya. Social network mampu melahirkan bait2 cinta, dan social network jugalah yang menghancurkan segalanya. Dunia tanpa sempadan, aktiviti tanpa sekatan... bila cinta bernafsukan setan, maka cD menjadi mangsa keadaan. Tak sangka niat memperkenalkan si dia pada "kamoo" punca perpisahan kita.

Bila cinta tak lagi untuk ku
Bila hati tak lagi pada ku
Mengapa harus dia yang merebut diri Kamoo
Bila aku tak baik untuk Kamoo
Bila dia bahagia diri Kamoo
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang aku menyesal, mengapa ku kenalkan dia pada Kamoo...

p/s: Jealous tengok status fb kekawan...

-cD-

Thursday, November 3, 2011

Cinta Ku Buat Kamoo...

Cinta ku buat Kamoo bagaikan huruf-huruf
Yang terpatri di setiap helaian kitab

Cinta ku buat Kamoo bagaikan air
Yang mengalir di lautan tepi

Cinta ku buat Kamoo seperti setianya sang awan pada kekasihnya sang langit
Biarpun hujan dan guruh menimpa bumi, awan tetap di dalam dakapan sang langit

Akan tetapi....

Cinta Kamoo buat aku sepi
Cinta Kamoo buat aku mati
Cinta Kamoo buat aku menangis lagi
Cinta Kmaoo buat aku, telah lama pergi....

Aku... tetap sendiri.



p/s: Terlalu sayang untuk melepaskan Cinta ku buat Kamoo...

-cD-