Wednesday, November 30, 2011

Cinta Tidak Seharusnya Memiliki...

Setuju tak? Kalau kamoo setuju, kita adalah antara insan-insan yang redha dengan segala ketentuanNya. Cinta, kasih dan sayang tidak semestinya menjadi milik kita. Seharusnya kita bersyukur kerana dikurniakan nikmat berputiknya kasih, menguntumnya cinta dan makarnya sayang meskipun rasa itu hanya wujud didalam tanpa mampu dizahirkan. Perasaan yang wujud itu merupakan rahmat dariNya, walaupun tidak memiliki sekurang-kurangnya hati telah tercuit dengan satu rasa yang sukar untuk digambarkan. Alhamdulillah, syukur kerana diberi peluang untuk merasai nikmat “cinta”…

Sebaliknya bagi yang tidak sependapat, ketahuilah bahawa kamoo merupakan insan yang mementingkan diri sendiri dan tidak pernah bersyukur dengan segala nikmat yang hanya dipinjamkan buat sementara. Bagi kamoo, kecewa bercinta maka gelaplah dunia, hidup pun tiada lagi maknanya. Tahukah kamoo rasa “cinta” didunia hanya seketika? Cintailah diriNya, kerana itulah cinta abadi selamanya.

Buat yang tersayang, cinta ini sentiasa membara. Walau tidak bersama, yakinlah suatu ketika nanti kita abadi disana.

p/s: "Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead,"

-cD-

No comments: