Wednesday, December 14, 2011

Waktu-Waktu Begini 2...

Sabtu
10 Disember 2011
Chili's@Mid Valley



Agak lama juga cD tidak meluangkan masa bersama teman-teman. Kesempatan dan peluang yang ada ini cD manfaatkan dengan sepenuhnya.. Walaupun x cukup "korum" momen-momen indah tetap terakam buat kita semua.
Terima kasih atas waktu yang diluangkan..





p/s: merenung kembalikan momen bersama arwah 15 tahun kebelakang... semuanya indah.

-cD-

Monday, December 12, 2011

Apakah?...

Pelbagai persoalan berbenak difikiran
Puas dikupas, diulas tidak ketemu jawapan
Memikirkan silapku buntu dan hairan
Tolong jelaskan mohonku penuh harapan...

x pasti apa sebenarnya yang berlaku, tercari-cari mungkin ada khilafku. Puas memikir namun makin membuntu.
Tolonglah... Apa salahku?

p/s: Ampun dan maaf jika benar salahku, mohon jelaskan apa yang berlaku..

-cD-

Friday, December 9, 2011

Terima Ku Seadanya...



p/s: Tau x sedap mana pun, just syok sendiri...

-cD-

Waktu-Waktu Begini...



Ermmm waktu-waktu begini tidak selalu dapat kita nikmati. Walaupun kurang daripada 1 jam, waktu menunggu rezeki tiba adalah saat yang paling indah. Disinilah segalanya kita kongsikan, merisik gosip-gosip hangat, pose & candid x hengat, luahkan bebanan tugas dan bermacam lagi...

Meremang senja menjingga hebat
Lembayung berlabuh kelam berbalam
Terima kasih wahai sahabat
Sentiasa ada siang & malam

Waktu-waktu melepaskan dan melegakan... Thanks sahabat.

p/s: yang ku rasa kini hanyalah bahagia...

-cD-

Thursday, December 8, 2011

Walaupun Tidak Memiliki...

Bercerita mengenai cinta tidak pernah akan berakhir, cinta biasanya dijadikan subjek utama dalam setiap penceritaan. Terkadang jalan cerita penuh dengan keindahan warna-warni cinta, terkadang cinta juga menceritakan tentang perit jerih kekecewaan. Garapan dan susur galur sepenuh hati mampu menjadikannya sebuah naskah terhebat yang pernah wujud. Setiap dari kita pernah merasai kewujudan cinta kan? Cuma naskahnya mungkin berlainan.

Sekadar memetik bait-bait berikut:

“Redha itu Ikhlas, tapi pasrah itu menyerah….”

Percayalah, tidak semua mimpi itu indah, ada ketikanya kita akan terjaga dek ngerinya mimpi. Begitu juga cinta, episod terakhirnya bukan semua temui bahagia. Redhalah seikhlasnya, percaya pada aturanNya, agar ketemu cahaya dihujung sana…

Walaupun tidak memiliki
Cinta tak mungkin mati
Selagi membara dihati
Yakinlah, segalanya pasti…

p/s: Cintailah dia yang mencintai Kamoo, daripada mencintai dia yang belum tentu cintakan Kamoo. CintailahNya yang menciptaimu, kerna cintaNya abadi selamanya.

-cD-

Friday, December 2, 2011

Peliharalah lidahmu...

Alhamdulillah, cD syukur kerana dilahirkan sempurna dan dikurniakan nikmat untuk berkata-kata oleh maha pencipta. Nikmat yang diberi itu janganlah disalahguna dan menjadikannya hobi untuk mengumpat, mengata segala. Peliharalah lidah sewaktu mengatur bicara, tidak salah menanam tebu dibibir, tapi pastikan apa yang dituturkan itu semanis gula tuaian tebu yang ditanam.

Jah... kalau setakat ko nak nganga mulot longkang ko yang hapak tu, dan menyesakkan salur pernafasan orang keliling baik x payah. Lebih afdal rasanya kalau ko g amek wuduq dan baca Al-Quran kat surau dari ko dok melalak jaja cerita sana sini. Insaflah jah oooiii.. Harus dingat, dalam kita memperkatakan perihal orang lain, kita tak tahu apa yang orang sedang dan akan memperkatakan tentang kita. Jangan percaya pada karma, tapi sebaliknya percaya pada qada dan qadarNya. Doa mereka yang teraniaya makbul dengan izin dariNya.

p/s: Sabar dan kuatkan iman, itu je yang mampu cD katakan. Sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa mendengar tanpa jemu..

-cD-