Friday, December 2, 2011

Peliharalah lidahmu...

Alhamdulillah, cD syukur kerana dilahirkan sempurna dan dikurniakan nikmat untuk berkata-kata oleh maha pencipta. Nikmat yang diberi itu janganlah disalahguna dan menjadikannya hobi untuk mengumpat, mengata segala. Peliharalah lidah sewaktu mengatur bicara, tidak salah menanam tebu dibibir, tapi pastikan apa yang dituturkan itu semanis gula tuaian tebu yang ditanam.

Jah... kalau setakat ko nak nganga mulot longkang ko yang hapak tu, dan menyesakkan salur pernafasan orang keliling baik x payah. Lebih afdal rasanya kalau ko g amek wuduq dan baca Al-Quran kat surau dari ko dok melalak jaja cerita sana sini. Insaflah jah oooiii.. Harus dingat, dalam kita memperkatakan perihal orang lain, kita tak tahu apa yang orang sedang dan akan memperkatakan tentang kita. Jangan percaya pada karma, tapi sebaliknya percaya pada qada dan qadarNya. Doa mereka yang teraniaya makbul dengan izin dariNya.

p/s: Sabar dan kuatkan iman, itu je yang mampu cD katakan. Sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa mendengar tanpa jemu..

-cD-

2 comments:

intan hairani said...

kelas ko jah!! mak jah ke kak jah ni?? heheheh

-cD- said...

errrr.. jah bukan nama sebenar.. hahahah