Wednesday, August 12, 2015

New Me!

Sekian lamanya menyepi
Hari ini cDee pasti
Kembali menggapai mimpi
Mimpi yang kini realiti

Bukan mudah mengatur langkah, apatah lagi langkah yang rebah dipersimpangan. Bertahun juga mengumpul kekuatan dan semangat untuk gagah meneruskan kehidupan ini. Ditinggalkan, diabaikan, dipergunakan, diperbodohkan dan segala macam kategori "di kan" telah mengubah diri ini. Hari ini cDee bukanlah Dee yang dulu, kembalinya bukan untuk meraih simpati jauh sekali meniti populariti cuma mempertahankan digniti diri sendiri.

Tipulah jika cDee tak rindukan zaman "hu ha" yang pernah dicemburui oleh insan-insan tertentu. Malah sebahagian kecil ada yang terguris hatinya hanya kerana status maya yang tiada definisi sebenarnya...

Pemergian abah dan ditinggalkan khai menggelapkan seketika cakrawala semesta. Kedua-dua arwah pergi pada tahun yang sama, maka hilanglah kasih seorang abah terhadap anaknya. Belum pun reda seketika kasih seorang sahabat dunia akhirat juga terputus sama sekali. 

Sunyi, sepi, kelam dan gelita....

Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu  Allah memberikan  ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah Allah menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Alhamdulillah, walau sesukar manapun ujianNya dihujung pasti muncul cahaya. Nur sentiasa terpancar jika kita redha dan ikhlas menerima ketentuan qada qadar dariNya. Kini cDee kembali, menggumpul kekuatan diri dan tak akan berpaling lagi. Al-Fatihah buat arwah Abah tersayang dan satu-satunya sahabat dunia akhirat khai. Tenanglah keduanya di sana.

Amin.

cDee Abdul Razak
12 Ogos 2015
 

No comments: