Thursday, September 24, 2015

Erti Pengorbanan Sebenar...

Pengorbanan..

Kita melihat dari sudut apa?
Jika lembu dikorbankan maka mengalirlah darah merah demi menuntut perintah Allah SWT dan redha dengan takdir yang telah ditetapkan buatnya. Itu lembu, binatang yg tiada akal dan perasaan. Bagaimana dengan kita yg bergelar MANUSIA ini?

Pengorbanan tidak menuntut pujian
Pengorbanan tidak mengharap balasan
Pengorbanan tidak menagih simpati ihsan

Pengorbanan hanya lahir dengan kasih sayang dan linang air mata demi melihat kebahagiaan insan tersayang. Pernahkah terfikir pengorbanan mak/abah untuk mebesarkan kita selama ni. Memberikan segala yg termampu demi melihat kita tersenyum? Kekadang kita lupa, apa yg kita tahu setiap permintaan, setiap hajat hati perlu dipenuhi. Sesukar dah sesulit mana pun pasti mak/abah cuba turuti dah penuhi setiap permintaan itu. Begitu besar pengorbanan seorang mak/abah demi melihat anaknya bahagia.

Hakikatnya dewasa ini bagaimana kita sebagai seorang anak membalas/menghargai/mengenang setiap pengorbanan kedua mak/abah itu? Percayakah kita lebih mengutamakan orang lain melebihi kedua mak/abah kita. Ye percayalah, itu hakikatnya. Kita berseronok dah happy2 dengan kawan2 dengan tersayang.. tapi bagaimana dengan mak/abah? Kita lupa seketika mak/abah lah selama ini semampunya cuba membahagiakan kita. Mudahnya kita alpa tentang hakikat ini.

Jika tadi lembu dikorbankan mengalirnya darah merah dari luka. Pengorbanan mak/abah pula mengalir air mata dan kekadang lukanya mengalir darah tidak bewarna. Tidak pernah mak/abah mengeluh, merungut atas tiap pengorbanan yg telah dilakukan. Bila kita nak sedar semua ni? 

Pagi ni mengalir air mata bila teringatkan arwah abah. Besar pengorbanan abah selama ini demi membentuk seorang insan yang telah dewasa ini. Terima kasih abah atas segalanya, cuma anak mu ini agak terkilan kerana tidak sempat untuk membahagiakan abah di waktu hayatmu. Tak sempat memberikan kemewahan di dunia. Tapi jangan risau abah, sedaya mungkin akan membekalkan abah dengan doa dan amalan soleh bagi bekalan kita di mahsyar sana. InshaAllah.

Buat mak, ampunilah segala salah silap, terkadang dalam sengaja atau tidak telah menggoreskan hati tua yang sangat sensitif itu. Percayalah bukan niat dihati cuma kekadang amarah menguasai diri. Setitik mengalirnya air mata mak nescaya nerakalah tempat diri ini. Ampunkan segala dosa2 yang pernah aku lakukan mak. Pengorbanan mak tak mampu dibalas dengan wang ringgit bergunung, malah emas permata juga tidak setanding pengorbanan mak. Ya Allah peliharalah mak disetiap langkahnya di dunia fana ini. Dan semoga syurga firdausi adalah tempat selayaknya buat satu2 mak yg paling aku sayang.

Terakhirnya buat yg tersayang...
Tiap apa yg telah dikorbankan adalah ikhlas utk kebahagiaan kita berdua. Percayalah. Tidak pernah mengharapkan dibalas, cukuplah dengan kasih sayang yang ikhlas. Itu sahaja yg aku pinta. Moga kamoo mengerti.

Pengorbanan sudah lama jadi Milikku...

Salam AidilAdha
Hargailah tiap pengorbanan insan2 yang tersayang..

Shidee Abdul Razak
24 September 2015